Archive for 14 Februari 2009


KULIAH DI GIATMARA

p2130738Seminggu lalu, saya dihubungi oleh seorang guru di Giat MARA Kota Kinabalu, memohon agar dapat memberi kuliah di sana.

Beberapa hari saya berfikir sebelum bersetuju menerima pelawaan mereka.

Menurut Cikgu Ismail yang mengatur kelas ini, ini adalah kali pertama GIATMARA mengatur program seumpama untuk pelajar-pelajar muslim.

Setelah bersetuju, mereka memberi ruang kepada saya untuk memilih sendiri tajuk atau buku yang akan digunakan. Pun beberapa hari juga saya berfikir.

Di tempat lain, saya punya kuliah hadith, tafsir, tajwid, al-Quran, dan di sini saya memulakan buku yang menjadi asas kepada pembentukan diri seorang muslim.

Ya, saya menggunakan buku yang telah diterjemahkan¬†‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’ tulisan Dr Fathi Yakan dari Lubnan. Semuanya tahu buku ini sangat bagus dan banyak digunakan sebagai bahan penting dalam kumpulan-kumpulan usrah di pusat-pusat pengajian tinggi dan sekolah-sekolah.

Sementelahan lagi di Giat MARA ini pelajar mereka terdiri daripada belia-belia berumur antara 15-30 tahun. Alhamdulillah, kuliah pertama telah bermula semalam dan dengan izin Allah akan diadakan setiap dua minggu sekali.

Advertisements

14 FEBRUARI 1975

Selamat menyambut ulangtahun ke-34 untuk Pakcik PP

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi hidayah yang berkekalan daripada Allah SWT bersama keluarga.

pa010262Daripada Abu Nuha Corner sekeluarga

%d bloggers like this: