Archive for 12 Februari 2009


DARI SABAH KE ISTANA NEGARA

p2120775Sebentar tadi, JAKIM Cawangan Sabah mengadakan majlis perpisahan buat pengarah mereka, Ust Hj Abd Aziz Che Yakob di Hotel Palace, Karamungsing Kota Kinabalu.

Ust Hj Abd Aziz yang hanya bertugas di Sabah selama 13 bulan, akan melapor diri dalam masa terdekat di Istana Negara, menjawat Pegawai Agama  setelah mendapat perkenan DYMM Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan.

Dalam ucapan perpisahannya, Ust Abd Aziz menjelaskan Sabah sebagai medan dakwah sebenar di Malaysia kerana pelbagai sebab. Antaranya serangan Kristianisasi, gejala murtad, bentuk muka bumi Sabah yang luas, kepelbagaian kaum dan sebagainya.

Beliau benar-benar berharap tenaga wargakerja JAKIM dimanfaatkan sepenuhnya untuk memartabatkan Islam di bumi Sabah sekaligus membantu JHEAINS, USIA, YADIM, dan seluruh NGO Islam yang menjadi sahabat akrab JAKIM.

p2120785Walaupun masa singkat di Sabah, beliau telah menjelajah hampir ke seluruh pelusuk negeri menghadiri pelbagai program yang diatur samaada oleh JAKIM sendiri atau program bersama dengan agensi dan NGO lain.

Malam ini, dewan lokasi majlis diadakan penuh menunjukkan sokongan seluruh wargakerja JAKIM terhadap pengarah mereka.

Ust Abd Aziz dikenali dikalangan staf sebagai ketua yang baik hati, tidak pernah meninggikan suara serta suka berbincang.

Acara terbesar dalam tempoh setahun di Sabah antaranya ialah Konvensyen Pendakwah Negeri Sabah pada Ramadhan lalu di Dewan Kinabalu Tabung Haji dan Karnival Dakwah sempena 30 tahun JAKIM di Sabah yang diadakan di 1 Borneo akhir tahun lepas.

p2120805Selain pegawai kanan dan kakitangan sokongan JAKIM, turut hadir ialah Hj Amri Suratman (Pengarah JHEAINS), Ust Sidik Ag Adi (Timb Pengarah JHEAINS), Datuk Hj Abdullah Hussain (SU Agung USIA), Hj Sainuri (Pengerusi Majlis Gabungan NGO Islam Sabah – CONCERN), Hj Khairan Untoh (Timb Pengerusi CONCERN), Ust Bungsu Aziz Jaafar (Tim Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia Negeri Sabah), Sdr Abu Bakar Ongkosing (Presiden SAHABAT), Sdr Abd Manap Mahmud (YDP ABIM Sabah), Datu Liman (Pengurus YADIM Zon Sabah) dan ahli keluarga Ust Abdul Aziz sendiri.

Dua hari lepas, Ust Abd Aziz telah melakukan kunjungan perpisahan ke atas TYT Tun DSP Hj Ahmadshah Abdullah di Istana Negeri, dan esok pula kunjungan ke pejabat Pengarah JHEAINS di Tingkat 10 Wisma MUIS.

Untuk rekod, Ust Abd Aziz yang berasal dari Terengganu sebelum ke Sabah pernah bertugas di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan sebelum itu di Masjid Wilayah, Jalan Duta sebagai imam.

Advertisements

p1210091Alhamdulillah, malam tadi saya memulakan kuliah tajwid al-Quran di Surau Riyadhus Solihin Taman Austral.

Sebenarnya, walaupun surau RS dekat di hati, saya tidak berharap dapat berkuliah di sini. Puncanya kerana saya sangat menghormati jamaah surau ini. Di sini saya banyak mengenali erti persahabatan dan ukhuwwah Islamiyyah.

Rasa hormat itulah membuatkan saya berat hati dan segan berkuliah di sini. Tambahan para ustaz yang sedia ramai menjadi jamaah, selain rekod kuliah di sini disampaikan oleh para ulama yang hebat-hebat. Ust Muchlish dan Ust Azam, serta sebelumnya pernah Ust Fadlullah Shuaib, Ust Iyen dan Ust Zul.

Tetapi pujukan Ust Mad Sepanggar itu membuatkan saya mengalah. Sebelumnya saya berdalih dan tersengih saja.

Asalnya dipinta kuliah tafsir. Tetapi saya sudah punya 3 kuliah tafsir di Surau Taman Limauan, Surau Petronas dan di SPAN, jadi lebih manis saya menumpukan kuliah tajwid ini untuk mengembalikan kekuatan ingatan saya terhadap ilmu ini.

Insya Allah, sedikit demi sedikit jika punya rezeki dan umur panjang, saya akan dedahkan pula ilmu qiraat yang bertahun ditinggalkan. Begitu juga terjemahan al-Quran akan disampaikan secara santai dan sederhana.

Buat jamaah yang ingin hadir, harapan saya agar dapat membawa apa sahaja buku tajwid, atau setidaknya catatan. Insya Allah bertemu minggu hadapan.

Kuliah Tajwid al-Quran. Setiap rabu malam khamis. Selepas solat maghrib. Surau Riyadhus Solihin, Taman Austral.

%d bloggers like this: