Pagi sabtu lalu, saya sekeluarga balik kampung di WP Labuan.
Kami balik ke Labuan menaiki bas ekspres pada jam 7 pagi. Tambangnya hanya RM15.50 seorang jika dari Terminal Wawasan di Kota Kinabalu.
Tetapi oleh kerana kami hanya menanti di Lok Kawi, tambang dikenakan RM14.00 seorang dewasa, manakala kanak-kanak RM10.00 seorang.
Sebelum menaiki bas ini, bermacam tanggapan negatif bermain di kepala. Bagaimana perkhidmatannya, perjalanannya, tambang dan sebagainya.
Saya menjangka pada mulanya tambang sekitar RM25 – RM30 seorang. Di sepanjang perjalanan yang sederhana laju itu, semua penumpang diberikan sebotol air mineral untuk menghilang dahaga. Muatan penuh bas ini ialah seramai 43 penumpang.
Jika saudara berhajat menaiki bas ini, hubungi nombor telefon bimbit yang tertera pada gambar ini.
Jika saudara tinggal di sepanjang Putatan hingga ke Beaufort, tidak perlu beli tiket awal, dan tidak perlu datang ke Terminal Wawasan. Cukup hanya telefon dan buat tempahan awal.
Tetapi jika saudara tinggal di sebelah Likas ke atas, kenalah datang ke Terminal Wawasan sebelum bas bertolak. Untuk jadual pagi, bas bertolak sekitar 6.30 pagi.
Bahkan jika meneruskan perjalanan ke Labuan menaiki feri besar, pihak bas boleh mengaturkan urusan tiket feri tanpa kita berbaris di kaunter terminal di Menumbok.
Selamat berangkat!
Salam,
Pada bulan 12 ni saya akan ke Labuan, Brunei dan KK. Setahu saya, ada perkhidmatan feri dari KK ke Labuan. Mana lebih baik, jika nak ke Labuan, naik feri dari KK atau dari Manumbok? Apa perbezaan untuk kedua2nya?
Terpulang kepada sdr. Kalau ikut menumbok, ada dua pilihan. Boleh naik speed boat selama setengah jam, atau naik feri besar selama sejam setengah dan boleh bawa kereta. Perjalanan dari KK ke Menumbok selama 2 jam.
Kalau ikut feri KK-Labuan, hanya bawa penumpang x bawa kenderaan. Tempoh perjalanan 2 jam setengah. Pilihan kepada sdr sendiri.
adakah bas ni melalui jln ke KKIA1 & KKIA2???
blh sediakan waktu perjalanan dr KK-Menumbok….
hello..that is our bus..thanks for putting it up here…
KK to Menumbok 6.30 am & 12.30pm
Menumbok to kk 10.30am & 4.30 pm
Apa no. telefon untuk menghubungi bas tersebut
Di mana setsen bas kk ke menumbok? dpn mahkamah kk tu ka?
Ada terdapat perkhidmatan bas dari kk ke kundasang? boleh saya dapatkan jadual waktu bertolak dan tiba? berapa tambang?
jam berapa last buat tempahan bus? kalau saya nak p esok pagi..masih boleh buat tempahan
from kk to labuan ada service guna speed boat? as well as labuan to kk..
saya ada pergi ke sabah pada bulan july 2013 ini,
flight saya tiba di KK pada pukul 7.25am
dan saya ingin meneruskan perjalanan saya terus ke labuan,
bagaimana dan apa cara yg sesuai bagi saya?
ada ke bas pergi menumbok dlm pukul 8am sebegitu?
Assalam. saya akan ke KK bulan 5 ni. Arrive at KK dalam jam 4 ptg. sempat lagi x klu mau ke labuan hari y sama. mohon advise yea.. TK
saya akan ke Labuan 21 dec ni. Pada 22 dec sy akan menghadiri majlis kahwin rakan pada sebelah pg. Kemudian sy akan ke kk waktu tengahari sbb sy perlu chk in hotel kat kk lebih kurang kul 3 @ 4 ptg. So mcm mane, patut sy naik feri ke munombok dan dr menumbok naik bas ke kk, atau sy amik feri terus ke kk. Tp dengan cuaca musim sekarang selamat ker naik feri…mohon advice te. TQ
terpulang kepada puan. dua-dua cara pun ok
halo bos ku slmat pg..bole saya minta jadual perjlnan kmu dri kk to menumbok & menumbok to kk tq
Assalamualaikum Tuan, tumpang tanya, adakah hotel berdekatan dengan terminal feri menumbok ya. Kamek org maok pigi labuan pakei keta dan mahu bermalam di menumbok dahulu sebelum menaiki feri utk ke labuan pada awal pg esoknya.
Klu ari isnin bha,bas yg dri menumbuk ke kk last jam brpa