Archive for 9 Februari 2009


ADAT YANG MASIH KEKAL

p2080773Antara tujuan balik ke Labuan pada pagi sabtu lepas ialah untuk meraikan sepupu Norasikin Hj Md Idris dan Danwil yang melangsungkan perkahwinan. Lokasi majlis perkahwinan di Kg Rancha-Rancha, Labuan.

Selamat pengantin baru Asyikin dan Danwil.

Saya tidak dapat menghadiri majlis pernikahan pada petang sabtu kerana keletihan, dan hanya menghadiri majlis sebelah malam dan siang ahad.

Pernah dalam satu artikel 2 bulan lalu, saya mengulas tentang adat istiadat perkahwinan yang masih menebal di kalangan masyarakat suku brunei di WP Labuan ini.

p2070803Pada malam minggu (kebiasaannya), diadakan majlis malam berbedak. Majlis ini dimulakan dengan bacaan rawi daripada buku barzanji yang dipanggil berdikir.

p2070811Ia kemudian diikuti dengan marhaban, dan pada slot ini, semua yang hadir akan bangun.

Tiba pada bacaan tertentu, pengantin akan dibawa keluar dari bilik untuk ditepung tawar oleh orang-orang tua, khususnya ahli keluarga terdekat.

Kebiasaannya, hanya pengantin di sebelah tuan rumah hadir. Ertinya tanpa pasangannya, yang biasanya melakukan upacara yang sama di rumah mereka.

Ada lagi yang menjadi adat kebiasaan di Labuan yang saya saksikan tidak berubah sejak saya kecil.

p20807371Persembahan kumpulan gitar rancak (kugiran) atau band, tidak pernah lekang secara umumnya dalam majlis-majlis perkahwinan. Lagu-lagunya pula bukan saja lagu kahwin, tapi juga lagu-lagu rock, joget, dangdut, pop dan sebagainya.

Sesetengah tempat, menjelang tengah malam minggu itu anak-anak muda (termasuk orang tua) tanpa dijemput akan masuk gelanggang menari mengikut irama lagu kugiran berkenaan.

p2080739Satu hal yang saya lihat positifnya dan masih bertahan ialah adanya semangat gotong royong sesama ahli keluarga dan penduduk kampung.

Masing-masing mengambil peranan menurut kemampuan dan kemahiran masing-masing.

Urusan memasak, menyambut tetamu, menyediakan cenderamata buat hadirin, membeli keperluan, menyusun kerusi meja, menaikkan khemah dan sebagainya diatur atas semangat persaudaraan.

Siang ahad.

p2080740Kalau di WP Labuan, jemputan kenduri kahwin bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 1 tengahari dengan ketibaan pengantin lelaki seterusnya majlis persandingan.

Biasanya, pengantin datang sebelum jam 1 dan ketibaan itu diiringi dengan paluan kompang.

p20807581Kemudian, pengantin lelaki akan diiringi oleh seorang tua untuk tawaf mengelilingi tiang berpayung sebanyak 3 kali pusingan.

Yang lucunya, tukang bawa beg dan bunga manggar pun ikut sekali.

Puas saya mencari dan bertanya logik dan tujuan tawaf payung ini, tetapi kebanyakannya menjawab : “Ini adat datuk nenek, ikut saja!”

Pernah saya jelaskan, seperti majlis menepung tawar dan tawaf tiang berpayung ini, jika ia mempunyai apa-apa kepercayaan, contohnya dengan menepung tawar dan tawaf payung bertiang akan mendatangkan manfaat atau menghilangkan mudharat dan sebagainya, atau juga berkait dengan kepercayaan agama lain, maknanya aqidah kita dalam bahaya.

Tetapi jika hanya suka-suka, jelas ia satu perbuatan sia-sia, sedang agama melarang perbuatan yang sia-sia.

Selepas itu, barulah pengantin naik ke rumah seterusnya ke pelamin yang siap dihias.

Pagi sabtu lalu, saya sekeluarga balik kampung di WP Labuan.

p2070781Kami balik ke Labuan menaiki bas ekspres pada jam 7 pagi. Tambangnya hanya RM15.50 seorang jika dari Terminal Wawasan di Kota Kinabalu.

Tetapi oleh kerana kami hanya menanti di Lok Kawi, tambang dikenakan RM14.00 seorang dewasa, manakala kanak-kanak RM10.00 seorang.

Sebelum menaiki bas ini, bermacam tanggapan negatif bermain di kepala. Bagaimana perkhidmatannya, perjalanannya, tambang dan sebagainya.

Saya menjangka pada mulanya tambang sekitar RM25 – RM30 seorang. Di sepanjang perjalanan yang sederhana laju itu, semua penumpang diberikan sebotol air mineral untuk menghilang dahaga. Muatan penuh bas ini ialah seramai 43 penumpang.

p2070779Jika saudara berhajat menaiki bas ini, hubungi nombor telefon bimbit yang tertera pada gambar ini.

Jika saudara tinggal di sepanjang Putatan hingga ke Beaufort, tidak perlu beli tiket awal, dan tidak perlu datang ke Terminal Wawasan. Cukup hanya telefon dan buat tempahan awal.

Tetapi jika saudara tinggal di sebelah Likas ke atas, kenalah datang ke Terminal Wawasan sebelum bas bertolak. Untuk jadual pagi, bas bertolak sekitar 6.30 pagi.

Bahkan jika meneruskan perjalanan ke Labuan menaiki feri besar, pihak bas boleh mengaturkan urusan tiket feri tanpa kita berbaris di kaunter terminal di Menumbok.

Selamat berangkat!

p2070777

Balik solat Jumaat, dalam perjalanan balik seketika di rumah, saya mendengar di kereta radio IKIM.fm pilihan utama. Ketika itu pihak IKIM.fm sedang berlintas langsung dari Masjid Wilayah untuk siaran solat fardhu Jumaat.

pa1904111Seperti biasa, sebelum khutbah disampaikan, deejay menemuramah khatib bertugas. Khatib minggu itu ialah Ust Hj Mughni Israri, Imam Masjid Wilayah.

Ust Mughni adalah guru saya walaupun sekejap ketika di Darul Quran, kemudian bersama-sama menjadi ahli lajnah tashih al-Quran KDN.

Biasanya, deejay akan menanya tentang isi penting khutbah.

Khutbah secara umumnya menekankan soal penjagaan aqidah khususnya ketika umat Islam diserang dengan satu fahaman dan budaya menyambut valentine day atau hari kekasih yang jelas haramnya itu.

Dalam temuramah ringkas itu, Ust Mughni sempat menjelaskan tentang satu sikap umat Islam hari ini khususnya dalam membantu umat Islam di Ghazzah Palestin. Saya tumpang gembira apabila Ust Mughni mengutarakan suasana ini.

Keprihatinan itu dirai, tetapi banyak mengutip dana dengan cara yang salah. Diadakan konsert-konsert yang haram daripada kacamata syariah, kemudian dikutip duit dan derma penonton, dipanggillah penyanyi yang mungkar untuk menghiburkan penonton.

Kemudian duit itu dikumpul dan disedekahkan pula kepada mangsa kekejaman zionis. Pastikanlah apabila kita membuat kutipan untuk umat Islam, niatnya tulus, sumbernya halal, cara mendapatkannya betul dan disalurkan kepada tempat yang benar.

Asal ada majlis, mesti nak menyanyi. Kalau jenis halal tak apa, ni jenis yang tunggang langgang. Nanti ada yang menjawab :

“Kita panggil penyanyi tu pasal Malaysia ni masyarakat majmuk. Melayu nak dengar, Cina nak dengar, India nak dengar..”

Sebenarnya, orang tu yang nak dengar.

Macam ada orang tua kemaruk pergi fun fair bersama anak cucunya. Kemudian terserempak dengan orang sekampung. Orang kampung pun tanya : “Pakcik pun pergi fun fair?”

Jawab pakcik selamba : “Budak-budak!”

%d bloggers like this: