Archive for 8 Februari 2009


Perjalanan balik.

img_0384

img_0385

img_0386

Setelah 2 jam berada di Kg Bisuang, pada jam 1.30 petang, rombongan xpdc mula beredar dari lokasi. Kelihatan wajah-wajah peserta kelihatan puas walaupun letih ketika datang tadi belum hilang lagi.

img_0392Dalam perjalanan pulang, rombongan singgah sebentar, berehat dan mandi-manda di Sungai Bisuang untuk menghilangkan peluh di badan. Rasa nyaman, puas dan segar.

img_0393Selesai mandi manda, rombongan menunaikan solat fardhu zuhur di tepi sungai berkenaan dipimpin oleh Ust Azam.

Kembali meneruskan perjalanan, akhirnya pada jam 3.30 kesemua peserta tiba di rumah Cikgu Abd Hamid dan makan tengahari. Sasaran dan matlamat kali ini tercapai. Alhamdulillah.

Insya Allah, pihak pengurusan PASTI merancang untuk datang lagi dengan perancangan lebih tersusun dan peserta lebih ramai.

Untuk pengetahuan, setakat ini lebih 15 orang pelajar sudah mendaftar. Kesemua guru dan pelajar terdiri daripada penduduk kampung dan kesemuanya bukan beragama Islam.

Terima kasih kepada Sdr Tariq yang  mengambil gambar yang cantik, menyediakan laporan dan catatan perjalanan.

img_03221

Tariq di lokasi

Malam Jumaat lepas, saya menyampaikan ceramah di Masjid PDRM Kepayan.

Program ceramah itu diadakan setiap bulan dan penceramah jemputan dipanggil secara bergilir-gilir. Alhamdulillah, saya berbesar hati menerima jemputan itu.

Sejak wujudnya Badan Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM sejak tahun lepas, nampaknya pegawai di sana mula menyusun program bagi mengimarahkan masjid.

Agakan saya sekitar 80 orang jamaah hadir terutama pegawai dan anggota PDRM sendiri diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Dato’ Abd Razak Abd Ghani. Saya maklum jamaah berkurangan dan ceramah itu sendiri diadakan dalam cuaca hujan lebat sejak petang.

Pendek cerita, ada 5 syarat bagi menjadikan satu-satu kerja itu boleh menjadi ibadah.

Pertama, niat yang betul dan baik. Contohnya bekerja kerana memenuhi tuntutan fardhu kifayah, menyara keluarga. Bukannya bekerja untuk menjatuhkan seseorang, untuk sombong dan sebagainya.

Kedua, kerja itu halal dan sah menurut syarak. Mencari kerja yang halal adalah wajib. Bekerja dalam perkara yang mengingkari perintah Allah adalah haram. Contohnya menjual arak, insuran riba dan sebagainya.

Ketiga, pelaksanaan kerja itu betul dan menurut syarak. Contohnya soal tuntutan (claim), waktu bekerja, menutup aurat, tidak menipu, tidak menerima rasuah dan lain-lain.

Keempat, natijah yang baik. Ertinya hasil pendapatan disalurkan ke jalan yang baik. Keluarga jangan diabai, zakat ditunaikan serta rajin bersedekah.

Kelima, tidak mengabaikan ibadah asas. Contohnya, solat 5 waktu.

Ceramah berakhir pada jam 7.55 malam sejurus masjid bergelap kerana terputus bekalan eletrik.

p2040750Rabu malam khamis, kami sekeluarga bersama sahabat-sahabat lain, sekitar 10 keluarga menziarahi rumah Tuan Hj  Salman Datuk Hj Ismail di Ujana Kingfisher, Likas.

Alhamdulillah, isteri Hj Salman, Cikgu Saliza selamat melahirkan anak yang keenam (lelaki) pada 30 Januari lepas. Dengan bayi terbaru, Hj Salman mempunyai 3 pasang anak – 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kata Hj Salman, kini dia sedang membaca sebuah buku tentang presiden Iran, Mahmoud Ahmadi Nejad. Hujung nama itu menjadi inspirasi kepada nama anak terbarunya, Sofian Nejad.

Alang-alang menjadi Sofian Nejad, biar sampai jadi presiden.

%d bloggers like this: