Archive for 4 Februari 2009


TENANGKAN DIRI..

Geram. Marah. Sedih. Kecewa. Sakit hati. Bermacam-macamlah. Sakit kepala juga memikirkan dari jauh pergolakan di Perak. Kenapa perlu sibuk sangat? Sebab kita diajar kasih kepada saudara seagama dan prihatin dengan umat Islam.

Tapi apa kata kita tenteramkan hati dengan sepotong ayat al-Quran yang sering dibaca selepas solat :

“Katakanlah wahai Muhammad : Ya Allah pemilik segala kerajaan. Engkau beri kuasa kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kuasa daripada sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki, dan Engkau hinakan sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki. Di tanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.

Begitulah pusingan kehidupan. Adakala di atas dan adakalanya di bawah. Semuanya dengan kehendak Allah SWT.

Fahamilah ayat ini dengan sebenar-benarnya.

Orang yang diberi kuasa oleh Allah bukan semestinya mulia di sisiNya. Demikian juga orang yang tidak diberi kuasa bukan pula hina di sisiNya. Tetapi boleh jadi juga dengan kuasa yang diberi, Allah SWT sedang menguji atau sedang murka terhadap pemegangnya. Hakikatnya, kemuliaan dan kehinaan itu pada taqwanya.

Ingatlah kuasa itu milik Allah. Bila saja Dia mahu, Dia akan bagi. Sampai masa, Dia akan tarik semula dan Dia juga boleh bagi lagi. Yang penting kita yang diberi sedikit kuasa memerintah menjalankan amanah dengan sebaik-baiknya tanpa memungkiri janji kita kepada Allah selaku hambaNya.

Lama memerintah kalau jahat macam Firaun pun buat apa. Kejahatannya disabitkan dalam al-Quran, menjadi sempadan sepanjang  zaman.

Kalau memerintah sekejap tetapi menjaga amanah dengan tulus jujur seperti Khalifah Umar Abd Aziz, tidak mengapa. Ia juga dikenang dan menjadi ingatan sehingga akhir zaman.

Saya bependapat, drama politik di Perak belum berakhir. Kepada diriku yang tengah pening kepala, sabarlah.

Kemaskini : Ahli PAS di seluruh negara (dan seluruh dunia) diminta bermunajat  agar Kerajaan Negeri Perak dapat diselamatkan. РHarakah SMS.

Advertisements

Pada mulanya saya menyangka inilah Masjid Negara Indonesia, yang dipanggil Masjid Istiqlal itu. Rupanya saya tersilap.

Masjid Agung at-Tin dinamakan sedemikian sempena nama isteri mantan Presiden Suharto, Ibu Tin. Masjidnya luas, indah, bersih dan ceria. Apabila kami tiba di masjid berkenaan, ramai di kalangan ibu bapa bersama keluarga masing-masing sedang berehat santai di perkarangan dan di luar bangunan masjid.

Budaya itu menunjukkan kepelbagaian fungsi masjid yang antara lain menjadi tempat istirehat dan berkelah bagi umat Islam, menjadi ruang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Selain itu, masjid ini juga mempunyai koperasinya sendiri. Walaubagaimanapun, ketika kami datang, premis berkenaan ditutup kerana bercuti.

Suatu pengalaman yang baru apabila melawat masjid-masjid yang besar di sini ialah, sebarang kenderaan yang masuk ke dalam kawasan dikenakan infaq sekurang-kurangnya seribu rupiah atau RM0.30 sen.

Baik juga kalau kaedah itu difikir dan diterapkan di masjid-masjid utama di negeri dan negara kita dengan infaq mininum sepuluh sen untuk sekali masuk tanpa had masa. Amacam?

%d bloggers like this: