Archive for 3 Februari 2009


p1300774Jam 2.30 petang tadi, saya mengiringi boss Ust Musally Moksin bersama-sama dengan enam pegawai daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), kami membuat serbuan ke sebuah premis menjual pakaian di Kompleks Membeli Belah KK Plaza.

Rombongan pegawai KDN diketuai oleh Sdr Nazrie Abdullah dan Puan Dk Siti Raqaizah.

Sebenarnya serbuan ini adalah hasil maklumat dan laporan seorang pelanggan yang mendedahkan keadaan baju tersebut setelah beliau membeli belah bersama keluarganya pada akhir tahun lalu.

p2030739Dalam serbuan itu, lebih 50 helai baju dirampas kerana mengandungi tulisan yang dilarang.

Sebelas helai baju bertulisan lucah, sementara bakinya terdapat ukiran bentuk basmalah.

Sebenarnya tulisan basmalah di baju walaupun elok, tetapi kemungkinan boleh menyebabkan penghinaan terjadi ke atas ayat-ayat suci, tambahan lagi jika ia dibeli oleh orang bukan Islam, atau umat Islam yang jahil agama.

p2030740Selepas serbuan kami ke Centre Point pula untuk menyerbu premis sama yang mempunyai cawangan di sana.

Di Centre Point hampir 10 helai dirampas. Semua pakaian itu dibawa oleh KDN sebelum dihantar ke ibu pejabat mereka.

Apa yang diharapkan, umat Islam sama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kesucian agama Islam.

Jika terdapat perkara sebegini boleh membuat aduan ke pejabat kami atau di mana-mana JHEAINS daerah.

Serbuan itu juga disertai oleh beberapa wartawan tempatan yang membuat liputan berkenaan serbuan ini. Tengoklah suratkhabar esok.

p20307451Para wartawan menemuramah Sdr Nazrie dan diiringi oleh Ust Musally

p2030751Baju yang dirampas di Centre Point

Advertisements

p1260354Benar kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan.

Mengunjungi sendiri Kota Jakarta yang sesak dengan manusia menjelaskan situasi sebenar yang selama ini kita tidak ketahui. Banyak perkara positif yang dapat diperolehi hasil kunjungan 3 hari 3 malam itu.

p1260393Malam kami tiba, dan seterusnya ke Kota Bandung sehingga tiba menjelang subuh, pemandu dan pembantunya asyik singgah di beberapa tempat bertanya lokasi tertentu. Ternyata itu banyak membantu.

Begitu juga dengan pengalaman peribadi, apabila tersalah jalan di dalam Kompleks Pasar Tanah Abang, orang yang ditanya akan membantu menunjuk jalan dengan jelas sekali.

Ternyata dengan pengalaman itu, orang Indonesia begitu peramah.

Pengalaman itu mengembalikan juga nostalgia ketika belajar di Mesir, dimana secara umumnya rakyat Mesir begitu prihatin dalam membantu orang yang tersalah atau tersesat jalan.

Dengan aksi tangan, mereka akan memberitahu jalan sekian, belok sekian dan seterusnya sehingga kita benar-benar nampak lokasi yang dituju.

Teringat pula suasana jalan raya di Kota Jakarta.

p1260347Kami berada ketika musim cuti perayaan Tahun Baru Cina, jadi suasana sesak itu kami tidak alami kecuali dua kali.

Pertama ketika perjalanan dari Bandung ke Jakarta melalui Puncak Bogor dan kedua, pada hari selasa, sebelum kami pulang ke Kota Kinabalu pada lewat petangnya (kerana Indonesia hanya bercuti sehari untuk Tahun Baru Cina).

Tetapi melihat cara pemandu membawa kenderaan masing-masing dalam keadaan sesak itu yang mengkagumkan kami.

p12603421Sikap bertolak ansur, tidak panas baran dan boleh memberi ruang kepada kenderaan lain itu membezakan pemandu kita dengan mereka.

Jika ada pemandu di kiri atau kanan lorong memintas di hadapan mereka, sama ada disedari atau secara mengejut, sebaiknya mereka memberi ruang dan memudahkan perjalanan tanpa ada berlaku kemalangan, tiada tengking menengking bahkan diberi ruang secara selamba sahaja.

Hon dibunyikan sebagai tanda dan alat komunikasi sesama kereta, bukannya tanda marah atau sakit hati. Rasanya perkara ini wajar kita pelajari dan teladani.

Satu segi lagi, di mana kita sering menyangka bahawa remaja Indonesia sudah terlalu hanyut dek kemajuan negara, itu juga harus dipertimbangkan dengan keadaan remaja negara kita sendiri.

Tidak dinafikan, di Indonesia wujud kehidupan perkahwinan campur pelbagai agama yang tidak sedikit, walaupun di Malaysia kes berkenaan sudah ada didapati secara terpencil khususnya di Sabah.

Yang ingin diperkatakan secara zahirnya ialah pergaulan remaja hasil penglihatan selama 3 hari itu.

Bandingan berjalan di Kompleks Pasar Tanah Abang di Jakarta dengan Kompleks Centre Point di Kota Kinabalu akan menyerlahkan satu perbezaan ketara.

Hakikatnya jika di Kota Kinabalu atau di bandar lain, mudah sekali melihat anak gadis yang bajunya bukan saja sendat, tetapi singkat sehingga memperlihatkan sebahagian perut, pusat, pinggang, bahkan seluar dalamnya pun terlondeh, kelihatan sama.

p1260364Bukan hendak mencari gadis sebegitu di Kota Jakarta kerana pemandangan nampak pusat dan seluar dalam terlalu senang dijumpa di Kota Kinabalu, tetapi sepanjang di Kota Jakarta, budaya atau fenomena baju singkat seluar terlondeh jelas tidak kelihatan.

Memang ada yang berpakaian sendat tetapi yang baju singkat atau seluarnya diturunkan sehingga menampakkan seluar dalam itu amat susah sekali ditemui.

Hanya sekali saya temui, iaitu di Bandar Udara Antarabangsa Soekarno Hatta di ruang kaunter pendaftaran masuk ketika hendak kembali ke Kota Kinabalu. Tapi nampak gaya macam orang Malaysia juga.

Apakah Kota Kinabalu lebih mendahului Kota Jakarta dalam soal ini?

Semenjak 2-3 minggu kebelakangan ini, di pejabat saya begitu menekuni satu kes laporan awam berkenaan ajaran sesat yang berlaku di Pantai Barat Selatan.

Tugasan di Unit Penyelidikan ialah menyelidik kesahihan dakwaan dan laporan itu sama ada benar, atau sebaliknya. Sebarang perolehan maklumat daripada penyelidikan itu akan diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan pula untuk siasatan lebih terperinci.

Sukarnya membuktikan dakwaan ajaran sesat ialah apabila kebiasaannya ajaran ini tertutup, terpencil, tidak diketahui ramai orang, berahsia dan seumpamanya. Amat sukar membuktikan kecuali apabila berlaku ketidakpuasan hati di kalangan ahli, kesedaran, kebocoran maklumat atau pelanggan mereka merasa curiga.

Inilah antaranya yang kami perolehi.

Kebiasaannya pengikut mereka akan membenarkan perbuatan pemimpin mereka tanpa banyak soal, walaupun jelas bertentangan syarak. Ketaatan membabi buta jelas menjadi prinsip penting, kononnya perbuatan ketua itu mendapat wahyu atau ilham daripada Allah SWT.

Ada ajaran sesat berkait tentang persilatan, perubatan, kefahaman songsang dan seumpamanya. Tetapi macam yang dikatakan tadi, ahlinya adalah eksklusif dan diminta tidak memberitahu kepada orang lain tanpa kebenaran.

Lebih memalukan jika ada ajaran sebegini dikepalai atau diikuti oleh orang agamawan, atau jelasnya ustaz ustazah.

Kami telah menemui hampir 10 saksi yang boleh membantu kes ini. Dengan izin Allah, kebenaran akan terserlah, kebatilan akan kalah jua.

Semalam, lebih 5 jam kami menemubual saksi. Pelbagai maklumat pelik dan ganjil kami perolehi. Ia selesai sekitar jam 5.30 petang.

Tiba di rumah jam 6.40 petang, saya bersalin pakaian dan segera pula ke Masjid as-Sobirin Kg Sipanggil menyambung kuliah maghrib.

Pulang ke rumah seusai solat Isyak. Mengemaskini blog ini dalam keadaan badan dan kepala yang belum berehat.

Pagi dan ketika ini, kepala mula berdenyut, suhu badan mulai panas, kulit mula kelihatan kemerah-merahan. Apakah ia kesan semalam atau lain, saya kurang pasti.

Jam 1 tengahari ini ada kelas al-Quran di SPANS. Tiga jam lagi daripada sekarang ada serbuan ke premis pakaian yang menulis kalimah Allah di baju secara sembrono.

Mungkin jika selesai awal, barulah saya akan ke klinik. Malam ini pula ada mesyuarat lagi, jika kesihatan mengizinkan saya akan hadir.

 

Boikot ini!!

Boikot ini!!

Antara produk yang kita war-warkan agar dipulaukan oleh umat Islam ialah Starbuck Coffee. Jika saudara di Kota Kinabalu, premisnya terletak di bangunan Ramajuta Group, bersebelahan dengan Warisan Square dan berhadapan dengan Kompleks Membeli Belah Centre Point.

Sebenarnya premis pro-Yahudi / Israel ini sudah ada di negeri kita. Jadi tolong bagitahu kepada kawan-kawan yang belum tahu.

“Orang yang menunjukkan kepada yang baik, kedudukannya sama seperti orang yang buat baik”

%d bloggers like this: