Archive for 2 Februari 2009


MEMPERKASA WEB JHEAINS

Hj Sotimin memberikan cadangan bernas untuk memperkasa web

Hj Sotimin memberikan cadangan bernas untuk memperkasa web

Pagi jumaat lepas diadakan perbincangan ringkas di pejabat KPP Bahagian Penyelidikan dan Informasi tentang web JHEAINS yang agak perlahan.

 

Perbincangan diketuai oleh KPP Ust Musally, Ust Jumain, Ust Najion, Ust Sotimin, Hj Hassan dan Cik Aerlina selaku webmaster.

Banyak komen dan teguran dari dalam dan luar JHEAINS tentang perkembangan web ini. Sebenarnya antara sebabnya ialah terdapatnya serangan virus terhadap web ini yang menyebabkan proses kemaskini tergendala disamping beberapa sebab lain.

Walaupun web bukan kepakaran saya, sebagai blogger saya berbesar hati untuk membantu mana-mana ruang yang patut untuk memajukan web ini. Doakan dan berikan sokongan kepada web ini agar menjadi pintu masuk dan barisan hadapan bagi umat Islam di Sabah.

Advertisements

Sekurang-kurangnya ada tiga tempat kompleks membeli belah yang kami kunjungi seharian isnin 26 Januari di Kota Jakarta. Pasar Pagi Mangga Dua, Pasar Tanah Abang dan Kompleks Tamini.

1. Pasar Pagi Mangga Dua

p1260298Masuk ke dalam bangunan ini, saya terasa seperti masuk ke Kompleks Pertama di KL. Bentuk dalam bangunan hampir sama (pada pandangan saya).

Oleh kerana ia bangunan membeli pertama yang kami kunjungi, agak teruja juga apabila melihat pakaian yang murah dan begitu banyak sekali.

Sementara kami diingatkan supaya beringat-ingat kerana ada lagi kompleks membeli belah yang akan dikunjungi selepas itu, saya tetap juga membeli beberapa helai tudung untuk anak-anak perempuan.

p1260305Harganya sehelai cuma 15 ribu rupiah (RM5.00).

Masing-masing mengingat kiriman buat ahli keluarga masing-masing. Kebiasaannya pakaian seperti tudung, telekung solat, jubah dan lain-lain.

Dua jam di sana, kami akhiri dengan makan tengahari di ruang makan di tingkat atas. Bermacam menu ada, antara yang saya minta ialah soto betawi.

2. Pasar Tanah Abang

p1260403Ia kompleks membeli belah yang unik sekali bagi saya.

Satu-satu tingkat mempamerkan jenis barangan yang hampir sama, dan barangan jenis lain pula dijual pada tingkat yang lain.

Kalau tidak salah, bangunan ini mempunyai 7 atau 8 tingkat keseluruhannya.

Pada satu tingkat, kami melihat berpuluh kedai kasut dan beg tangan berderet-deret.

Pada tingkat lain, keseluruhan jualannya bertumpu kepada pakaian atau busana muslim seperti tudung, jubah, baju melayu dan sebagainya baik buat orang dewasa mahupun kepada kanak-kanak.

p1260404Meronda tingkat ini seolah-olah berjalan di gerai-gerai sekitar Makkah atau Madinah, kerana persamaan jualan pakaian muslim itu.

Di sinilah masing-masing banyak membeli pakaian muslim seperti yang diidam dan dipesankan.

Asalnya kami hendak berjalan secara berkumpulan. Tetapi akhirnya masing-masing berpecah untuk memenuhi selera masing-masing.

3. Kompleks Tamini

p1260487Sebelah malam ke kompleks ini. Awal-awal lagi saya terkejut melihat sebuah gerai kecil menjual barangan global ikhwan, syarikat milik Abuya Ashaari Muhammad pengasas kumpulan yang diharamkan al-Arqam dan Rufaqa’.

p1260495Banyak juga buku-buku yang dijual.

Ikutkan hati saya berhasrat untuk membeli beberapa buku Abuya untuk bacaan dan penyelidikan, tetapi wang yang ada cukup-cukup untuk keperluan lain.

Tujuan utama kami ke sini untuk mengisi perut selain ‘meninjau-ninjau’ supermarket Carrefour yang luas itu.

Ketika di ruang makan, di satu sudut kelihatan beberapa anak muda mudi asyik menghisap syisya yang sememangnya terkenal di bumi Arab.

p1260511

p1260269Teruja rasanya apabila dapat berkunjung ke sebuah galeri buku terkenal di Jakarta dan Indonesia iaitu Toko Gunung Agung.

p1260277Kunjungan tanpa rancangan itu asalnya untuk mencari premis menukar wang yang sukar dicari ketika itu memandangkan cuti Tahun Baru Cina. Akhirnya bertemu pula galeri buku hebat ini.

Saya mengimpikan Malaysia dapat mengejar Indonesia dalam hal ehwal ‘buku-membuku’ ini.

Lama sudah kita maklum bahawa Indonesia sangat terkehadapan dalam soal menterjemah kitab-kitab muktabar berbahasa Arab.

Tidak sekadar itu, buku hasil penulis tempatan mereka sangat banyak dan menarik pula.

p1270626Menarik daripada sudut persembahan kulit dan isinya. Bentuk rekacipta kulit, muka hadapan dan tajuk buku sangat mempengaruhi pembaca.

Sementara di toko buku ini, ruangannya luas, susunan bukunya teratur, sangat senang dan selesa sekali untuk melihat tajuk buku satu persatu, tambahan disediakan beberapa kerusi untuk pelanggan duduk membelek sebentar buku yang diminati.

Tidak hairanlah jika Toko Gunung Agung telah menerima anugerah ‘Superbrand Indonesia 2005/2006’.

Mengunjungi toko buku ini membuatkan semangat saya untuk menulis buku semakin membara..

p1260274

%d bloggers like this: