p82301822000 tahun sebelum Masihi, Labuan menjadi penempatan manusia pra-sejarah dari zaman Neolitik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sehingga menjadi pulau yang didiami oleh masyarakat majmuk dengan diperintah silih berganti oleh Kesultanan Brunei, kerajaan British, Syarikat British Borneo Utara, Jepun, dan akhirnya merdeka di dalam Malaysia pada 16 September 1963.

Daripada segi kemajuan materialnya, 1 Ogos 1848 Labuan telah diisytiharkan sebagai Pelabuhan Bebas oleh James Brooke, sementara pada 1893 lagi Labuan sudah punya landasan keretapi sejauh hampir 10 batu. Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan pula mula dibina pada 1949.

p8230146Labuan sebelum 16 April 1984 adalah di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sabah.

Mulai tarikh itu, ia diserahkan kepada pentadbiran kerajaan persekutuan untuk ditadbir bersama-sama dengan Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun, sambutan Wilayah Persekutuan diadakan pada setiap 1 Februari.

Pada 1 Februari 1990, Labuan diisytihar sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

(Semua maklumat di atas sumbernya adalah dari Muzium Labuan) ****

p8210015Saya ditakdirkan lahir di Sipitang kerana ketika itu bapa saya bertugas di SMK Pengiran Omar. Tetapi sejak berumur 3 tahun saya sudah kembali ke Labuan dan kemudiannya mendapat pendidikan awal pra sekolah dan sekolah rendah di Labuan.

Bangunan baru SK Lubok Temiang.

Ketika darjah 1 di SK Lubok Temiang pada 1986, tahun yang bertuah kerana ketika itu sekolah rendah agama diwujudkan di Labuan.

Jadi darjah satu di sekolah rendah seiring dengan darjah 1 di sekolah agama. Ketika bermula, kelasnya menumpang di sekolah kebangsaan.

Ada di kalangan senior sekolah rendah, misalnya sudah darjah 5, 6 tetapi turut serta darjah 1 di sekolah agama. Ketika saya darjah 3, sekelas bersama saya adalah mereka yang berumur 15-17 tahun.

Tamat darjah 6, saya meneruskan sekolah menengah di Kota Kinabalu untuk menyambung sekolah agama di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah (TPHR). Ketika itu penghujung tahun 1991. Labuan belum punya sekolah menengah agama lagi, sama ada seperti SMAI TPHR ataupun menurut sistem SMKA.

p8190100Bangunan baru sekolah 3 tingkat 2 blok SRAI Lubok Temiang ini sesuai dijadikan sebagai SMAI Labuan.

Setiap tahun ramai anak Labuan memohon masuk ke sekolah menengah agama di negeri Sabah. Seperti biasa, koutanya terhad memandangkan anak Sabah sendiri berebut untuk masuk ke sekolah seumpama ini.

Ia mendapat tempat di hati rakyat jauh sebelum saya masuk pada 1991. Sering kami mendengar kisah, apabila bilangan pelajar yang mendaftar sudah penuh, ibu bapa menggunakan kuasa orang politik agar anak mereka dimasukkan ke SMAI TPHR. Akhirnya terpaksalah pentadbir sekolah mengalah atas desakan YB-YB tertentu.

Zaman saya di SMAI TPHR, ada kira-kira 10 orang anak Labuan daripada tingkatan 1-5. Kami diberikan biasiswa oleh Jabatan Agama Islam WP (JAWI) Labuan dan diberikan tiket kapal terbang Labuan-KK-Labuan pada awal dan hujung tahun. Sebagai pelajar, itu sudah cukup lumayan ketika itu.

Kini sudah 2009, (saya meninggalkan SMAI TPHR ada 1996), permintaan untuk masuk ke sekolah menengah agama di Sabah terus meningkat walaupun SMAI milik kerajaan negeri juga turut bertambah.

Hujung tahun lepas, ada seorang ibu dari Labuan menelefon saya memohon bantuan dan sokongan buat 2 anak kembarnya yang sangat berminat ke SMAI TPHR. Katanya ia ingin datang sendiri ke ibu pejabat JHEAINS untuk menghantar borang walaupun sebenarnya boleh dikirim melalui pos sahaja.

p8200134Minat itu hasil didikan sekolah rendah agama di kampung, sementelahan lagi ada abang sepupu mereka sudah tamat di SMAI TPHR dan menunjukkan prestasi akademik dan akhlak yang baik.

Di Labuan, saya tidak tahu jumlah premis arak tetapi puratanya sederet blok kedai sekurang-kurangnya pasti ada sebuah kedai arak. Tetapi biasanya lebih.

p8200160Kelab malam @ disko saja ada 40 buah.

Belum lagi kedai nombor ekor, pusat urut dan sebagainya.

Siapa yang mengunjunginya kalau tidak sebahagian besarnya masyarakat dan penduduk Labuan sendiri?  (Penduduk Labuan berjumlah lebih 70 ribu).

Bukankah itu menunjukkan tipisnya keimanan kerana tiada didikan agama?

Labuan ada banyak masjid. Hampir kesemuanya dilengkapi dengan permaidani dan pendingin hawa.

p8190101Tetapi maaf cakap, jumlah jamaahnya dibandingkan kira-kira 65% penduduknya muslim amat menyedihkan.

Penguasaan terhadap ilmu agama terutama kepada pegawai-pegawai masjid (seperti imam dan bilal) masih lemah. Saya boleh buktikan kerana pernah memberi kursus kepada pegawai masjid.

Berapa ramai anak Labuan lepasan bidang agama sehingga tahap Sarjana Muda? Sarjana? PhD? Mengaji agama Timur Tengah di Arab Saudi? Jordan? Mesir? Sudan? Iraq? Kuwait? Maghribi? Berapa ramai lepasan anak Labuan dari Fakulti Pengajian Islam di UIA, UKM, UM, UPM?

Untuk mencari salah, memang banyak. Tetapi cukuplah kalau pemimpin dan pemerintah yang kasihkan agama dan cintakan Labuan memulakan perubahan itu dengan membuka sebuah sekolah menengah agama di Labuan sperti SMAI TPHR. Adakah kita mahu menanti 10 tahun, 15 tahun, atau 2-3 musim pilihanraya lagi untuk mengumandangkan isu yang sama?

Usah ramai, setahun 35 orang sahaja sekelas, saksikan dalam tempoh 10 tahun, setelah mereka menyambung pelajaran, insya Allah 350 orang ini akan merubah masyarakat Labuan menjadi hamba Allah yang kasihkan agama mereka.

Seperti golongan agamawan tempatan lain, sama ada yang berada di dalam WP Labuan atau yang menjadi perantau seperti saya, kami sangat-sangat berharap agar sekolah menengah agama ini perlu diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh dan menjadi realiti dalam tempoh yang tidak lama.

Kalau bangunan-bangunan untuk sekolah rendah agama boleh dibuat dengan begitu indah dan baik sekali, tiada alasan untuk mewujudkan sebuah sekolah menengah agama sulung di Labuan.

p8200182Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Daripada kita asyik sibuk berhibur sempena Hari Wilayah, sibuk bermain futsal, sibuk dengan boling padang, patut juga difikir dan bermuhasabah diri apa hendak dijawab dalam kubur, kenapa Labuan belum ada sekolah agama? Terfikirkah?

Premis bebas cukai (baca arak dan rokok) di bangunan Lapangan Terbang WP Labuan. Si cantik manis memakai tudung pekerja premis.