Sebenarnya antara azam saya tahun ini ialah ingin menulis sekurang-kurangnya sebuah buku.

Dalam kepala otak saya sudah berlegar beberapa idea tentang tajuk atau isu yang bakal ditulis nanti. Sebahagian kecil isi itu pula sudah terdapat di dalam blog ini. Hanya perlu dikembangkan saja lagi.

Insya Allah saya akan memulakan penulisan khusus itu mulai hari ini. Tengah-tengah bersemangat sejak 2-3 bulan kebelakangan, saya sudah memikirkan 3 buku yang berlainan.

Mudah-mudahan Allah memudahkan semua urusan berkenaan dan terima kasih buat beberapa sahabat yang memberikan semangat dan ransangan. Tapi dengan sedikit daya dan kudrat, blog ini tidak akan diabaikan.

Insya Allah ANC akan aktif seperti biasa.