Surau Riyadhus Solihin Taman Austral mengorak langkah untuk menarik golongan remaja dan belia agar mengimarahkan surau dengan memulakan Kelas Silat Gayung mulai selasa depan.

Malam tadi berlangsung pelancaran ringkas dan sedikit taklimat oleh saudara Amir Fadli yang telah mendapat tauliah selaku jurulatih silat berkenaan.

Sdr Amir telah berguru daripada Tuan Guru Khairuddin Khamis (Negeri Sembilan) dan Tuan Guru Amin Hamzah (Perak).

Perbincangan ringkas semalam telah memutuskan bahawa kelas akan diadakan setiap selasa malam rabu di perkarangan surau mulai 27 Februari depan.

Penyertaan terbuka kepada orang ramai khususnya remaja dan belia, serta dikehendaki menyertai solat isyak berjamaah terlebih dahulu.

p1160058Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ust Azman Mustafa 013-8572089 selaku urusetia program.

Teringat kisah dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Ramli, Aziz dan Sudin belajar silat dengan Pendekar Mustar di kampung Pinang Sebatang.

Babak seluar koyak, langkah silat Ramli yang sumbang, dan ucapan Pendekar Mustar : “Hentam sajalah!”