Archive for 21 Januari 2009


MASUK DARJAH SATU

p1060676Ceritanya lambat sikit dimasukkan.

Ada dua orang anak buah di WP Labuan dan seorang di KK yang memulakan sekolah darjah 1.

Muhammad Danial b. Muhammad Safree dan Muhammad Aqeel Haqeem b. Anuar sama-sama masuk sekolah di SK Kerupang WP Labuan.

Sementara di KK ni, anak buah paling comel Farhan Najwan b. Ag Suhaizam masuk sekolah di SK Tebobon.

Selamat masuk ke dunia persekolahan, semoga semuanya menjadi anak soleh. Sampai masa jadi pejuang Islam dan menjadi anak-anak yang berguna kepada agama dan keluarganya.

Kemaskini : Ada seorang lagi anakanda yang tertinggal namanya. Nur Anissa Nabila binti Azri Onn. Sori anak wartawan.. hehehe..

Saya pernah mencatatkan dalam satu artikel lalu bahawa Yahudi Israil adalah jenis manusia penakut dan kini mereka mula keluar dari Ghazzah dengan alasan kononnya telah mencapai kemenangan.

Tetapi baca pula artikel berikut ini yang saya petik dari blog Ust Salman Maskuri di Mesir. http://akhisalman.blogspot.com/ . Ia menceritakan dan membongkar segala-galanya tentang kekuatan pejuang Islam dan betapa penakutnya tentera zionis sekarang ini.

Semoga Allah memberi kemenangan kepada umat Islam di seluruh dunia. Teruskan solat hajat, boikot, qunut nazilah dan sumbangan infaq fii sabilillah.

PENGISYTIHARAN KEMENANGAN HAMAS DAN PEJUANG PALESTIN 

qassamPada pukul 10.30 waktu Mesir 19 Jan 09 telah diadakan sidang media oleh Briged Qassam yang diwakili oleh Abu Ubaidah. Ini diantara butir-butir dalam sidang media tersebut :

– 80 TENTERA ISRAEL YG TERBUNUH (PALING KURANG)

– 49 DIBUNUH SECARA SECARA LANGSUNG.

– 48 SYAHID DIKALANGAN PEJUANG BRIGED QASSAM

– MENJATUHKAN PESAWAT PENINJAU TANPA PILOT

– MENEMBAK 4 HELIKOPTER

– MEMUSNAHKAN 47 KERETA KEBAL DAN KENDERAAN TENTERA

– MELANCARKAN 980 ROKET DAN MISIL KEARAH BANDAR2 ISRAEL

– TIDAK ADA SEORANG PUN DIKALANG PEJUANG YANG DITANGKAP.

– MELETUPKAN 79 BOM KE ARAH TENTERA ISRAEL.

– MENEMBAK HENDAP 53 ORANG TENTERA ISRAEL

– MELANCARKAN 12 SERANGAN HENDAP

– BERTEMPUR SECARA BERDEPAN 19 KALI

– MENAWAN TENTERA2 ISRAEL SEBANYAK 2 KALI DAN SEMUA TENTERA YANG DITAWAN SUDAH DIBOM OLEH JET PEJUANG ISRAEL

– BERJAYA MELANCARKAN SATU SERANGAN BERANI MATI DI ATAS KERETA KEBAL ISRAEL.

– MENGHENTIKAN SERANGAN (setelah 13 jam Israel mengistiharkan genjatan senjata sebelah pihak) DAN MEMBERI MASA SEMINGGU KEPADA TENTERA ISRAEL UNTUK KELUAR DARIPADA BUMI GAZZA.

Mereka telah menyatakan kejayaan mereka dalam peperangan dengan tentera Israel. Ini kerana mereka berjaya memusnahkan mekanisma ketenteraan israel dan menundukkan Israel untuk keluar secara berperingkat. Adapun Israel tidak mencapai matlamat mereka untuk menghapuskan HAMAS. Malahan Abu Ubaidah mengatakan amat sedikit kerugian yang mereka alami dalam peperangan ini.

Abu Ubaidah berkata 23 masjid telah dimusnahkan keseluruhannya oleh Israel dengan alasan ia tempat persembunyian para pejuang. Beliau menafikan pejuang bersembunyi di masjid walau sebuah pun. Bila ditanya tentang pihak keamanan antarabangsa yang hendak menghalang senjata-senjata diseludup ke pada mereka, beliau menjawab :


“ليفعلوا ما شاؤوا، فإدخال السلاح الطاهر وصناعة السلاح المقاوم هو مهمتنا، ونعرف جيدا كيف ندخله”.

“Buatlah apa yang mereka mahu, mendapatkan senjata yang bersih dan membuat senjata pejuang adalah tugas kami. Kami amat mengetahui bagaiman untuk mendapatkannya.”

Ulasan : Pasukan Briged Qassam dan briged-briged yang lain telah mencapai matlamat mereka iaitu menghalau Israel dari bumi Gazza. Adapun Israel tidak berjaya kerana gagal mencapai matlamat mereka.

Kenyataan ini disokong dengan kenyataan Parti Likud (Israel) yang mengatakan tentera Israel tidak mencapai matlamat mereka dan mereka perlu meneruskan serangan terhadap HAMAS. Kemenangan ini disifatkan oleh Ismail Haniah sebagai kemenangan ketuhanan (intisor rabbani) dan ianya dimiliki oleh semua orang Islam.

Kekuatan ketenteraan pejuang HAMAS tidak terjejas melainkan sedikit. Tidak ada sorang pejuang pun yang ditangkap. Tentera Israel hanya menangkap orang awam sahaja.

1300 manusia (sehingga saat artikel ini ditulis) yang dibunuh adalah orang awam yang mana 410 dari jumlah tersebut dikalangan kanak2 dan 104 dikangan wanita. Kemusnahan secara besar-besaran hanya pada bangunan awam dan rumah penduduk bukannya pada kekuatan ketenteraan pejuang Palestin.

Abu Ubaidah menyifatkan kekuatan roket mereka tidak terkesan dengan peperangan selama 22 hari tersebut. Ini kerana kekuatan mereka sangat besar seperti yang dinyatakan oleh pakar ketenteraan Sofwat Zayyat bahawa al-Qassam memiliki puluhan ribu tentera dan tidak kurang 5000 roket. Semoga para pejuang Palestin tetap teguh melawan kezaliman tentera Israel. Sabda Nabi saw:

لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين ، لعدوهم قاهرين ، لا يضرهم من جابههم ، إلا ما أصابهم من لأواء حتى يأتي أمر الله وهم على ذلك.)) قالوا : وأين هم يا رسول الله؟ قال (( ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس

Maksudnya: “Sekumpulan dari kalangan ummatku akan mempertahankan kebenaran, mereka mengalahkan musuh2 mereka dan orang-orang yang menentang mereka tidak dapat mengalahkan mereka dan mereka hanya mendapat sedikit kerosakan sehinggalah datangnya kiamat mereka tetap dalam keadaan demikian.” Para sahabat bertanya : “Dimanakah mereka hai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Di Baitul Maqdis dan di sekelilingnya.” (HR Abdullah bin Ahmad dan Thabrani – para perawinya thiqah)

Semoga kita tetap terus memberikan doa, infaq dan boikot untuk mereka. Jangan hangat-hangat tahi himar je. Doa, infaq dan boikot dulu, kini dan selamanya.Yang lebih utama kita menjadi tonggak-tonggak Islam yang berilmu, beramal dan ikhlas. Bukan sekadar penyokong kerana itu hanyalah buih-buih yang lemah. Tonggak Islam mestilah berilmu sebanyak mungkin, mengamalkan segala ilmu Islam dan menyebarkan dan memperjuangkan ajarannya sehingga nafas terakhir.

Rujukan : Siaran tv Al-Jazeera, laman web al-Jazeera, buku al-Quds qadiyyah kullu muslim oleh Qardawi.

Surau Riyadhus Solihin Taman Austral mengorak langkah untuk menarik golongan remaja dan belia agar mengimarahkan surau dengan memulakan Kelas Silat Gayung mulai selasa depan.

Malam tadi berlangsung pelancaran ringkas dan sedikit taklimat oleh saudara Amir Fadli yang telah mendapat tauliah selaku jurulatih silat berkenaan.

Sdr Amir telah berguru daripada Tuan Guru Khairuddin Khamis (Negeri Sembilan) dan Tuan Guru Amin Hamzah (Perak).

Perbincangan ringkas semalam telah memutuskan bahawa kelas akan diadakan setiap selasa malam rabu di perkarangan surau mulai 27 Februari depan.

Penyertaan terbuka kepada orang ramai khususnya remaja dan belia, serta dikehendaki menyertai solat isyak berjamaah terlebih dahulu.

p1160058Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ust Azman Mustafa 013-8572089 selaku urusetia program.

Teringat kisah dalam filem Pendekar Bujang Lapok.

Ramli, Aziz dan Sudin belajar silat dengan Pendekar Mustar di kampung Pinang Sebatang.

Babak seluar koyak, langkah silat Ramli yang sumbang, dan ucapan Pendekar Mustar : “Hentam sajalah!”

%d bloggers like this: