poster-malam-palestin-copySebagai satu sokongan kepada perjuangan umat Islam di Ghazzah Palestin, khususnya HAMAS yang memperjuangkan Islam, satu majlis akan diadakan bagi membangkitkan kesedaran umat Islam di Negeri Sabah ini.

1200 umat Islam dibunuh, 5000 cedera, kebanyakannya kanak-kanak, para ibu dan orang tua.

Keganasan Israel yang tidak berpenghujung, sebab sejak zaman para Nabi AS yang terdahulu pun mereka bunuh sama. Di dalam tafsir al-Azhar, Dr HAMKA ada menyebut bahawa 50 atau 70 Nabi daripada bangsa Bani Israil sendiri dibunuh mereka.

Oleh itu menjadi kewajiban umat Islam bangkit menunjukkan sikap benci dan penentangan, serta menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan masing-masing buat umat Islam yang ditindas di sana.

Tunjukkan solidariti kita dengan menghadiri majlis ini, dan jangan lupa sebarkan kepada seluruh ahli keluarga, kawan-kawan, rakan pejabat dan sebagainya.

24 Januari, 8 malam, Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

“Perumpamaan orang-orang beriman dari segi perhubungan, kasih sayang dan kerjasama adalah seperti satu badan. Apabila satu anggota merasa sakit, anggota lain akan merasa sakit menderita sama dan berjaga malam”.