Archive for 18 Januari 2009


SELAMAT ULANGTAHUN KE-65 NENEK AJI

pa01019017 Januari semalam, genap umur ke-65 ayahanda yang dikasihi, Hj Othman Mahali.

Ketika sisa umur masih berbaki, bapa kami masih gagah untuk bergerak aktif, sebagai seorang pengusaha kedai buku dan alat tulis kecil-kecilan miliknya – HOM Enterprise; sebagai Pengerusi Masjid Kg Lubok Temiang WP Labuan; sebagai aktivis sastera dan penulis tempatan di Labuan – Persatuan Penulis WP Labuan (PERWILA), juga aktivis Pertubuhan Peladang Kawasan Labuan.

Di dalam keluarga, seusia 65 tahun, bapa hanya masih menanggung seorang adik bungsu kami, Syahnon (24 tahun) yang baru menamatkan ijazah Sarjana Muda dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) di Jambi. Kami punya 6 beradik, 5 lelaki seorang perempuan, saya sendiri anak kelima, dan hanya Syahnon masih bujang.

pa010304Sehingga 2009, bapa sudah mempunyai 17 orang cucu dan dipanggil sebagai Nenek Aji oleh cucu-cucunya itu. Mama kami pula dipanggil Nenek Uban.

Sayalah yang memandai-mandai memulakan panggilan itu.

Paling tua Muhammad Alif, 15 tahun dan paling junior setakat ini Muhammad Danish 9 bulan.

Muhammad Alif bin Azhar kini tingkatan 4 di SMAI Inanam, cucu sulung dari abang sulung kami.

17 orang cucu itu terdiri daripada 7 lelaki dan 10 perempuan. Insya Allah bilangan itu akan meningkat lagi.

Semasa tempoh berkhidmat dengan kerajaan, tugasan terakhirnya ialah sebagai Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) WP Labuan. (Selepas itu perjawatan di Pejabat Pendidikan di Labuan dinaiktaraf sebagai Pejabat Pendidikan Bahagian, dan kini dinaiktaraf lagi kepada status negeri).

Sebelum di PPD, pernah juga bertugas sebagai Penyelia Pembangunan Jabatan Pelajaran Sabah di Rumah Persekutuan sekitar tahun 1993-94 kalau tidak salah. Sebelum itu pula lama (sekitar 20 tahun) menjadi pengetua di SMK Membedai Labuan. Sebelum itu di SM Pengiran Omar Sipitang sebagai pengetua juga.

Dalam tempoh berkhidmat di Sipitang itulah saya dilahirkan pada Febuari 1979.

Bapa kami adalah seorang penulis. Minatnya kepada sastera begitu mendalam. Bersama-sama rakannya, mereka menubuhkan PERWILA kalau tidak salah pada 1985 dan kini berada dalam gabungan GAPENA. Aktifnya menulis puisi, sajak, cerpen, drama radio, berita akhbar, khutbah dan sebagainya.

Apa yang saya tahu, mungkin dengan cintanya kepada sastera itu menjadi idea menamakan adik bungsu kami dengan nama Syahnon, yang lahir pada 7 Febuari 1985, mengambil sempena Sasterawan Negara Prof Emiretus Datuk Syahnon Ahmad.

Meja tulis yang lengkap dengan komputer peribadi di rumah berserabut dengan bahan-bahan penulisannya yang tidak pernah habis.

Di kalangan keluarga kami, setahu saya, yang mewarisi bakat penulisan itu hanya dua orang.

Seorang wartawan bebas, sering menulis di Berita Harian dan Utusan Borneo, juga menyambut hari lahirnya 17 Januari bersama, cuma tahunnya 1968. Itulah dia yang dipanggil Pacik Onn oleh anak-anak buahnya. Dia tiada kaitan dengan Linda Onn, Jaafar Onn atau Onn Jaafar. Amit pada gelaran kami adik beradik, Azri Onn nama sebenar, yang kini bertugas di UMS KAL.

Orang kedua yang mewarisi bakat penulisan itu, tidak lain. Siapa lagi kalau bukan empunya blog Abu Nuha Corner ini. Kisah asbabun nuzul bakat penulisan itu akan saya ceritakan pada lain ketika.

Mewakili seluruh keluarga di Kota Kinabalu bersama isteri dan anak-anak – Nuha, Hana, Hadi dan Lu’lu’, kami mendoakan kebahagiaan dan ketenangan buat bapa dan nenek aji yang dikasihi.

Tiada kata yang dapat digambarkan lagi sesudah kami semua hidup bahagia dengan keluarga masing-masing kecuali ucapan terima kasih atas curahan kasih sayang buat kami semua.

Keyakinan saya sangat tinggi sejak awal lagi bahawa PAS akan menang kerusi Parlimen Kuala Terengganu semalam atas dua faktor. Faktor dalaman dan faktor luaran.

Faktor dalamannya yang sangat saya yakini apabila Tuan Guru Hj Abd Hadi yang diberi mandat memilih calon telah mendahulukan istikhar dan istisyar sebelum keputusan calon PAS diumum.

Solat istikharah kepada Allah agar diberikan hidayah menamakan calon terbaik, dan berbincang, bermesyuarat dengan pelbagai pihak untuk mendapatkan pandangan. Sedang istikhar dan istisyar ini menurut janji Nabi SAW, bahawa bagi yang melakukannya tidak akan rugi dan menyesal.

Maka itulah yang berlaku dan diumumkan 10.30 malam tadi.

Faktor luaran ialah apabila pihak UMNO dan BN mempermain-mainkan hukum hudud. Bersenda gurau dan memperlekeh hukum hudud hanya akan mendatang murka Allah SWT, bukan setakat murka Sultan Mizan yang telah memperkenankan enakmen undang-undang Islam di bumi Terengganu.

Kehinaan bagi sesiapa yang terlibat mempermain dan mempersenda hukum Tuhan, kerana hudud itu bukan manusia punya tapi dari Allah SWT. Kewajiban melaksanakan hudud, qisas dan takzir sama saja dengan kewajiban solat, puasa dan zakat.

Mereka yang menentangnya sama macam menentang Allah SWT. Mereka hendak berperang dengan Allah SWT.

Apa kita hairan dengan Yahudi yang membunuh bayi, kanak-kanak, wanita dan orang tua, sedangkan zaman dahulukala para Nabi pun dibunuhnya?

Apa kita hairan dengan pemimpin UMNO yang suka menzalimi dan mempermainkan rakyat, sedangkan hukum Tuhan pun dibuatnya senda gurau dan bahan permainan?

%d bloggers like this: