Malam tadi bersembang kejap dengan jamaah di surau Austral. Beberapa orang daripada kalangan mereka adalah tenaga pengajar di beberapa buah sekolah di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang.

Biasanya seminggu dua pertama dipenuhi dengan mengenali dan memahami karektor pelajar masing-masing terutama darjah 1 dan tingkatan 1.

Bukan setakat karektor, nama murid juga menjadi perhatian dan melambangkan kehidupan orang tua kepada murid berkenaan.

Maka kedapatanlah nama murid seperti Siti Nurhalija, Micheal Jackson, Mike Tyson dan sebagainya di sekolah. Sukar didapati, walaupun mungkin ada yang menamakan anak sempena ulama’ terbilang seperti Muhammad Nawawi, Muhammad Syafie, Hassan al-Banna, dan sebagainya.

Inilah dunia akhir zaman, dimana hidup kita diasak dengan hiburan. Muzik..muzik..muzik.. dalam lif, ringtone, dan macam-macam lagi.

Teringat satu kisah zaman mengaji di Maahad dulu. Tahun 90an. Kisah benar ni..

Ada seorang pelatih guru di Maktab Gaya kena rasuk jin. Maka dipanggillah seorang tuan guru untuk merawat dan memulihkan pesakit tadi.

Rupanya jin yang masuk ke dalam badan cikgu tu jin betina dan kafir pula. Atas kebijaksanaan ustaz tu, akhirnya jin itu mengalah. Bukan setakat setuju keluar, bahkan rela pula masuk Islam.

Apabila jin berkenaan sudah dipimpin mengucap syahadah, dipilihlah nama. Ustaz tu tanya : “Kamu mahu nama apa?”

Maka jin tu pun kata : “Amelina!”

Hisyh! Jin tu peminat dangdut rupanya!