Langkah kanan apabila saya dan sahabat yang rajin menemani ke kuliah dan ceramah, Mahmud Yunus tiba di rumah Ust Hj Muchlish Ali Kasim semalam apabila sesi jamuan bermula.

p1110046Sebenarnya Ust Muchlish menjemput hadir ke kenduri kesyukuran sempena kelahiran cucu ke-10 beliau sekaligus juga kesyukuran setelah selamat kembali dari Tanah Suci Makkah seminggu lalu.

Kami tiba lewat sikit, sebab kuliah di Surau Taman Limauan saya panjangkan sikit, tambahan selepas solat isyak kami mendirikan solat hajat Palestin.

Tiba-tiba hendak pulang tayar kereta pula pancit. Terpaksa mengambil masa sedikit lagi. Terima kasih buat Hj Jaafar, Matlin, Mahmud dan Ribbang.

p1110055Hujan lebat dan sedikit banjir di perkarangan rumah tidak membantutkan kehadiran ramai jamaah yang ingin bertemu dengan ustaz sendiri khusus setelah kepulangannya.

Ust Muchlish dan isteri Ustazah Elfi punya 5 anak – Qurratul Ain, Muhajirah, Abd Mukti, Siti Aisyah dan Syakirah.

Kecuali kak Muhajirah, yang lain sudahpun mempunyai keluarga sendiri. Doa saya Kak Muhajirah cepat dapat jodoh.

Anak-anak Ust Muchlish ini semuanya dahulu belajar di SMAI Toh Puan Hajjah Rahmah.

p1110057Kemudian kesemuanya melanjutkan pelajaran ke UIA kecuali Siti Aisyah ke Insaniah dan Universiti al-Azhar, Mesir.

Kak Ain sekarang bertugas sebagai guru agama di SMK Pulau Gaya, Kak Muhajirah di Jabatan Bendahari UMS, Abd Mukti di DBKK sebagai Pengarah Penguatkuasa, Siti Aisyah juga guru agama di SK Kolombong sementara Syakirah bertugas di UIA.

Syakirah, 27  tahun,  selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.6kg  pada 27.11.2008 di Hospital Ampang Puteri ketika Ust Muchlish berada di Tanah Suci.

Kelahiran ini menambahkan lagi keluarga besar Ust Muchlish dan mudah-mudahan bertambah juga barakah dan kebahagiaan mereka semua terutama kepada Syakirah dan suaminya – Shamsul dengan penyejuk mata mereka.

Kini Kak Aisyah pula menghitung hari untuk anak ke-6 dan cucu Ust Muchlish yang ke-11.

p1110058