Archive for 11 Januari 2009


CORAT CORET TEMUDUGA JAWATAN KOSONG

Letih rasa badan apabila sepanjang hari ini sejak pagi hingga jam 5 petang tadi saya terlibat sebagai penemuduga terbuka bagi pengambilan 3 jawatan, 3 guru sekolah agama rakyat di  Pusat Pendidikan Islam (PPI) an-Nur, 4 guru PASTI dan seorang kerani PASTI.

p1110021Sasaran sesi temuduga di Bangunan Tabung Haji itu kami jangkakan selesai menjelang zuhur, tetapi hanya berakhir pada jam 5 petang setelah kami menemui hampir 100 orang calon.

Bermacam ragam kami perolehi, pelbagai pengajaran kami dapati, ada yang lucu, ada yang menimbulkan rasa kasihan. Tidak kurang juga perasaan kesal dan hampa.

Sesi temuduga hari ini membuktikan masih ramai rakyat negeri dan negara ini terbabit dengan pengangguran.

Yang hadir ada yang berkelulusan sarjana muda, diploma, STPM, STAM dan setidaknya SPM. Terpamer kesungguhan mereka hadir walaupun menunggu sejak awal pagi dan hanya dipanggil menjelang petang, serta dalam kebarangkalian lulus dan diterima bekerja terlalu kecil.

p1110016Sedikit simpati saya hadir terutama melihat calon yang datang dari Semporna, Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Tenom, Pitas, Tambunan, Sipitang dan lain-lain lokasi.

Bahkan ada seorang OKU yang turut hadir sama.

Sedikit simpati saja kerana saya perlu memberi markah berdasarkan kemampuan mereka menurut kategori yang diberikan kepada saya iaitu bacaan al-Quran.

Bermacam aksi dan dialog lucu yang membuatkan kami ketawa mendengar jawapan dan hujjah mereka.

Seorang calon yang pernah menjadi guru PASTI tetapi memohon menjadi guru agama PPI apabila ditanya kenapa tidak memohon saja guru PASTI kerana pengalaman yang sudah ada?

p1110031Jawabnya, dia tidak mahu kerana dia terdengar kalau memohon guru PASTI nanti dihantar ke Sarawak! Siapa pula buat cerita.

Seorang lagi calon yang datang dari sebelah Tawau yang tidak biasa dengan KK ini, apabila ditanya, kalau bertugas di KK nanti, tinggal di mana? Seraya dia menjawab : Nanti saya tinggal di Sepilok!

Hisyh, Sepilok tu di Sandakan tempat orang utan. Rupanya yang dimaksudkannya ialah di Telipok, kawasan sempadan KK-Tuaran.

Sedikit menggembirakan apabila terdapat beberapa calon yang menepati ciri-ciri yang kami kehendaki, boleh membaca al-Quran dengan baik, menulis dan membaca tulisan jawi dengan lancar, mempunyai keperibadian dan akhlak yang meyakinkan, mempunyai kelulusan yang diperlukan serta nampak menjawab dengan jujur dan tulus.

Ada seorang calon, apabila ditanya kenapa hendak jadi guru? Bermacam jawapan direka-rekanya untuk memenangi hati panel dengan mengatakan dia memang suka mengajar dan minat dengan kanak-kanak. Tetapi apabila ‘diperangkap’ dengan elaun sekadar RM300-400, dia mula berdalih. “Tengok dululah..”

Tetapi sebenarnya lebih menghampakan kami – walaupun kadang-kadang nampak lucu – apabila melihat beberapa calon untuk guru agama dan guru PASTI, mereka diuji dengan disuruh menulis perkataan tertentu dengan tulisan jawi.

Inilah hasilnya. Anak bangsaku gagal dalam tulisan jawi. Lihatlah antara yang ditulis berbanding apa yang sebenarnya kami suruh.

p1110020Malaysia

p1110012Muhajirin, Islam

p1110013Musyrikin

p1110023Islam Hadhari

p1110024Madinah

p1110025Keadilan

p1110040Selamat Hari

p1110042Toh Puan Hajjah Rahmah

Ini paling ‘dahsyat’ sekali, calon guru PASTI ini datang dari Kinarut, jadi saya memberi pilihan dia menulis dalam jawi perkataan Kinarut atau Kinabalu atau Kinabatangan. Tetapi dia hanya mampu menulis ini…

p1110039Hanya huruf ini saja.. 

Saya membaca kembali sebuah buku semasa bertajuk : HIZBULLAH MENEBUS MARUAH UMAT, yang merupakan edisi terjemahan kepada sebuah buku berbahasa Inggeris.

p1110002Buku ini dicetak pada 2006, dan diterbitkan selepas pertempuran sengit antara Hizbullah dan Israel, setelah Israel menceroboh Lubnan.

Saya tidak bercadang mencatatkan tentang Hizbullah kecuali sedikit.

Secara rasminya, kelahiran Hizbullah diumumkan pada 1985.

Tetapi sebenarnya ia lahir daripada kesedaran masyarakat Syiah Lubnan sejak akhir 60an dan awa 70an. Pencerobohan Israel pada 1982 memarakkan lagi kesedaran politik masyarakat Syiah Lubnan.

Lebih daripada sekadar parti politik, Hizbullah menjalankan pelbagai aktiviti kebajkan seperti hospital, pusat kesihatan, sekolah, rumah anak yatim, pusat pemulihan OKU, pasaraya, stesen minyak, syarikat pembinaan, stesen tv dan radio.

Tertarik dengan aktiviti mereka yang merangkumi pelbagai kebajikan dan kebaikan untuk masyarakat di sana, saya juga melihat bahawa Hizbullah benar-benar membaca masalah dan kelemahan Israel.

Dalam artikel bertajuk Modus Operandi Gerakan Pembebasan Pimpinan Hizbullah oleh Khalil Osman, penulis mencatatkan salahsatu kelemahan tentera Yahudi yang benar-benar dieksploit oleh Hizbullah.

Kata penulis, sebenarnya Yahudi adalah jenis manusia yang mudah lemah semangat dan takut apabila melihat satu demi satu tentera mereka tumbang dan dibunuh musuh, akibat serangan bertubi-tubi ke  atas konvoi, khemah dan pusat perkumpulan tentera mereka.

Bandingannya begini.

Pejuang Islam diajar keuntungan hidup dan  mati dalam menentang musuh. Kalau hidup ia menang dan mulia, kalau mati ia syahid. Jadi tiada yang merugikan mereka. Bahkan mati itulah yang dicari-cari.

Sementara tentera kafir ini bertempur hanya bermatlamatkan hidup dan menang. Mati adalah sesuatu yang amat mengaibkan diri mereka sendiri dan ia adalah lambang kekalahan.

Di sanalah kebijaksanaan Hizbullah yang mempunyai TV dan radio sendiri, apabila ia menghebahkan ke seluruh dunia dengan kematian tentera musuh.

Media menyiarkan misalnya pejuang Islam terbunuh 100 orang, sementara tentera Israel hanya 10 orang. Sesetengah umat Islam yang tidak memahami perangai dan watak orang Yahudi akan selalu memandang sinis dengan berita itu. “Kalah lagi”, katanya.

Sebenarnya bagi pejuang Islam, dengan kematian saudara mereka akan menaikkan semangat mereka kerana melihat janji Allah termakbul di hadapan mata kepala mereka.

Sementara tentera dan penduduk Yahudi sebenarnya amat takut, lemah semangat dan malu apabila media mewar-warkan kematian askar mereka walaupun seorang. Sebab itu jika kita perhatikan, mereka sering menafi-nafikan berita yang mengatakan tentera mereka terkorban.

Oleh itu fahamlah kita kenapa Yahudi melalui protokolnya beriya-iya menguasai media sama ada tv, radio, suratkhabar, internet dan sebagainya, kerana mereka sebenarnya sangat penakut. Takut kekalahan dan kematian tentera mereka diketahui orang.

Kalau boleh kematian itu disembunyikan dari pengetahuan orang lain.

Itulah hakikatnya.

%d bloggers like this: