Pagi tadi, dilancarkan penubuhan secara rasmi PPI an-Nur Cawangan Taman Limauan bertempat di Surau an-Nur. Ini adalah cawangan kedua selepas Taman Austral.

Majlis dimulakan dengan taklimat Ust Zulhazmi Osman bagi pihak pentadbiran sekolah. Turut hadir dan berucap ialah Pengerusi Lembaga Pengelola PPI an-Nur, Tuan Hj Rahimin Mustafa dan Pengerusi Surau En Ribbang Hj Ampong.

Taman Limauan yang terletak kira-kira 2km dari Pekan Kinarut adalah sebuah taman perumahan yang didiami oleh lebih 90% penduduknya beragama Islam. Untuk ke lokasi, perlu melalui jalan lama Papar-KK.

Untuk rekod, syiar Islam yang terdapat di taman ini ialah sebuah surau, sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang masuk tahun kedua dan kini sekolah agama rakyat.

Sebelum ini pernah terdapat SAR lain ditubuhkan pada tahun lepas, tetapi tidak dapat bertahan lama.

Buat masa ini, operasi PPI an-Nur akan dilakukan di Surau an-Nur mulai 19 Januari akan datang. Insya Allah pihak PPI an-Nur juga merancang mendirikan bangunan sendiri pada masa akan datang sekiranya pelajar bertambah ramai.

Selepas taklimat dan pelancaran, pendaftaran yang dibuka sekitar sejam itu telah menerima 11 pelajar. Pendaftaran masih dibuka dan boleh menghubungi nama-nama berikut :

Ribbang Hj Ampong (019-8517842), Ust Zulhazmi Osman (012-4299897), Ust Agus Latif (016-8812825), Ustazah Dg Suzziyana (013-8763499).