Sebagai orang yang pernah mengalami kemalangan walaupun tidak terlalu serius, melihat beberapa kali kemalangan yang lebih kurang serupa bentuknya sangat menyentuh hati.

Siang tadi, saya melihat dan melalui beberapa kemalangan.

Yang pertama pada sebelah pagi betul-betul di hadapan Surau Austral, sementara yang kedua di Bulatan Sembulan. Kedua-duanya jenis kemalangan langgar belakang.

Lebih menyentuh perasaan apabila petang tadi melihat kemalangan kedua itu antara bas sekolah yang menerjah belakang sebuah kereta. Dalam bas sekolah itu kelihatan beberapa pelajar sekolah rendah.

Mujurnya tidak ada apa-apa yang berlaku. Saya terbayang seperti kemalangan yang telah kami lalui, bimbangkan anak-anak di belakang itu terpelanting ke hadapan.

Bagus-baguslah fikirkan juga tali pinggang kaledar dalam bas sekolah. Bahaya!