Archive for 8 Januari 2009


KELAHIRAN HARI ASYURA

Kisah 1. Arnab

Selasa malam rabu, sekitar 10.30 malam saya baru pulang ke rumah. Siang selasa itu adalah hari tasu’a iaitu 9 Muharram, sementara malam itu sudah masuk tarikh 10 Muharram.

Setiba di rumah, saya meninjau-ninjau seketika ayam dan arnab yang semakin membesar itu. Rupanya dengan memelihara dan menternak haiwan ini menjadi terapi, menghilangkan dan melupakan seketika keletihan berurusan di luar.

Di tepi rumah, kami punya 10 ekor arnab (3 jantan dan 7 betina). Dua daripadanya (sepasang) sudah dikira dewasa manakala 8 ekor lagi (2 jantan dan 6 betina) baru meningkat remaja.

Menurut yang saya tahu, umumnya arnab yang berumur 6 bulan ke atas boleh dianggap dewasa dan boleh dikahwinkan. Sepasang arnab yang saya katakan tadi sudah mengatasi umur itu. Si jantan yang kami namakan Apek sudah berumur 14 bulan, sementara pasangannya – Fasha – berumur 8 bulan.

p1060100Baki arnab yang 8 ekor tadi berumur antara 3-4 bulan.

Sebenarnya ketika 4 bulan, yang jantan sepatutnya sudah mula diasingkan seketika sebelum dikahwinkan pada bulan ke-6 atau ke-7.

Terkejut saya dalam gelap itu samar-samar saya melihat seperti ada tikus-tikus kecil di hujung reban.

Rupanya Fasha sudah bersalin.

Tidak terduga pula rupanya sebulan lalu kami tinggalkan dia bermalam di reban Apek, menjadi pula. Dah jadi bapa Apek sekarang. (Ibu arnab hanya bunting dalam tempoh sebulan).

Maka bertungkus lumuslah saya bersama isteri dan Nuha memindahkan segera Fasha bersama bayi-bayinya ke dalam rumah. Sejuk di luar rumah.

p1070004Alhamdulillah, ketika ini kesemua bayi Fasha & Apek dalam keadaan sihat.

Kalau dalam filem Anak Mami Kembali, Apek dan Fasha mempunyai anak kembar empat. Tapi Apek dan Fasha kami punya bayi kembar tujuh!

Kisah 2.

Petang rabu, tarikh baru masuk 11 Muharram.

Baru selesai maghrib Rabu – saya mengambil ruang seketika membantu untuk memegang Fasha menyusukan anak di dalam rumah.

p1070011Selesai Fasha menyusukan ketujuh-tujuh bayinya, saya memberi makan pula haiwan di rumah kecil sebelahnya, sepasang hamster.

Tiba-tiba, Nuha pula menjerit : “Babah, hamster tu ada baby!”.

Pula! Empat ekor. Kelam kabut dibuatnya. Mungkin ibu hamster tu bersalin sekitar sejam lalu. Ertinya di hujung 10 Muharram.

(Walaubagaimanapun, setelah 24 jam, 2 daripada bayi hamster itu didapati mati. Mungkin terpijak atau tidak diberi susu).

Kisah 3.

p1090002Kami punya sepasang ayam serama.

Si betina sudah punya 6 biji telur sejak seminggu dua lalu. Kami menanti pula bila masa telurnya akan menetas.

Selain itu ada 7 ekor ayam daging (yang masih remaja), 10 ekor ayam kambing dan 10 ekor ayam telur (yang masih budak-budak).

Ayam daging dan ayam telur dikira dewasa dan matang sekitar 3 bulan, manakala ayam kambing cuma 45 hari sudah boleh disembelih.

Lepas ni taklah kami beli ayam lagi. Sembelih sendiri. Bila lagi mau belajar sembelih ayam!

Mau tempah? Boleh runding.

Banyak sangat cerita sepanjang berada di Kudat sehingga terlewat cerita soal sekolah anak.

Nuha sudah masuk kelas untuk 6 tahun di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nur Fathonah, Pekan Putatan. Adiknya Hana pula memulakan persekolahan di kelas untuk 4 tahun di PASTI yang sama.

Sebelah petang, kami sepakat memasukkan Nuha ke sekolah agama di Pusat Pendidikan an-Nur, Taman Austral dalam darjah 1. Ini untuk memudahkannya nanti peperiksaan darjah 6. Ertinya ketika umurnya 11 tahun dia sudah mengikuti peperiksaan Sijil Rendah Ugama (SRU) darjah 6, sementara peperiksaan UPSR setahun kemudian di sekolah rendah.

Hari pertama Hana masuk sekolah nampaknya ok saja. Cuma apabila Atoknya terlambat 5 minit datang mengambil,  dia sudah menangis. Dia nampak kawan-kawan sudah mula diambil pulang. Sedangkan bersamanya ada kakaknya, Nuha.

Petang itu dia pun menceritakan hal itu. Kemudian dia bertanya : “Esok sekolah lagikah?”

Mungkin dia rasa sekolah tu sekali saja.

%d bloggers like this: