Archive for 5 Januari 2009


DAMAI DI SIMPANG MENGAYAU

Simpang Mengayau yang terkenal itu tidak jauh dari lokasi kami sebelumnya di Kg Suangpai. Hanya 10 minit menurut catatan saya. Jika dari bandar Kudat, lebih kurang 40 minit.

Ia mula terkenal sejak Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri. Kudat dan Simpang Mengayau menjadi destinasi pelancongan terkenal. Hujung peta Sabah.

Jaringan perjalanan sangat baik sehingga ke lokasi, punya surau dan restoran, dan kebersihan sangat terjaga.

Setengah jam di sana, kami beredar kerana saya punya jadual ceramah menjelang maghrib pula.

Sebarkan seluas-luasnya kepada umat Islam, agar kita berpuasa esok dan lusa.

Sabda Nabi SAW :

“Mengerjakan puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun – iaitu tahun yang lalu dan tahun mendatang. Sementara berpuasa pada hari Asyura dapat menghapuskan dosa setahun yang telah lalu”.

Allah SWT Maha Mengetahui bahawa manusia itu sering melakukan kesilapan. Oleh yang demikian, Allah SWT memberi ruang kepada hambaNya agar melakukan ibadah yang dapat menghapuskan dosa, seperti bersalawat, berwudhu’, bersedekah, berzikir, menunaikan haji, umrah dan sebagainya.

Firman Allah :

“..Sesungguhnya perbuatan yang baik itu dapat menghapuskan perbuatan yang buruk..” (Hud : 114)

Oleh itu, termasuklah diantara perkara yang dapat menghapus dosa ialah dengan melakukan puasa. Seseorang yang berpuasa dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya ia bersabar terhadap perkara yang dilarang melakukannya.

Sebenarnya, Nabi SAW telah memulakan puasa Asyura itu ketika sebelum berhijrah lagi, bahkan penduduk Arab jahiliyyah juga berpuasa dan menghormati hari berkenaan.

Kerana itu Nabi SAW tidak memulakan puasa itu di Madinah dan tidak mengikut-ikut tradisi Yahudi.

Walaupun Yahudi itu berpuasa pada hari Asyura juga kerana meraikan hari Nabi Musa diselamatkan Allah SWT daripada Firaun dan bala tenteranya, sebenarnya Rasulullah SAW dan umat Islam lebih utama meraikannya.

Semua Nabi AS beragama Islam, justeru semua Nabi AS itu bersaudara, dan semua Nabi AS itu adalah Nabi umat Islam juga. Ini bererti kemenangan dan keselamatan Nabi Musa AS juga adalah kemenangan dan keselamatan bagi Nabi Muhammad SAW dan seluruh pengikut baginda.

Adakah kita merasa diri kita pengikut Nabi SAW? Jika ya, puasalah pada 9 dan 10 Muharram.

“Puasalah pada hari Asyura dan janganlah kamu mengikuti puasa orang Yahudi. Puasalah sehari sebelumnya dan satu hari sesudahnya (agar tidak sama)”.

p1020081Tersenyum kami melihat papan tanda ini dipasang di kawasan berhampiran SK Suangpai Kudat.

Dalam keadaan jalan begitu, tidak beraspal, naik bukit lagi, siapa pula yang memandu laju-laju di situ? Atau janji projek dan habuan dapat?

%d bloggers like this: