Khabar sudah bertiup kencang semenjak dua menjak ini, satu himpunan aman membantah kekejaman rejim Zionis Israel akan diadakan selepas solat Jumaat, 2 Januari bertempat di perkarangan Masjid Bandar Kota Kinabalu dekat Padang Merdeka.

Orang ramai terutama umat Islam dialu-alukan hadir menunjukkan sikap dan bantahan terhadap tindakan terbaru Yahudi laknatullah ini.

Ada sahabat bertanya adakah saya akan turut berhimpun pada Jumaat ini?

Jawabnya, saya akan hadir bahkan sebelum para peserta berhimpun dan berucap, saya sendiriĀ akan menyampaikan pidato berkenaan kekejaman Israel Zionis ini.

Sebabnya saya akan jadi khatib Jumaat dan berdemo di atas mimbar dari sebuah masjid nun di Utara Negeri Sabah.

Esok saya akan ke Kudat pula! Insya Allah.