Anugerah disampaikan oleh YB DSP Hj Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri.
TYT Tun Ahmadshah tidak hadir berikutan terpaksa bertolak ke Negeri Sembilan jam 7 pagi semalam bagi menziarahi jenazah Tuanku Jaafar, Yang Di-Pertuan Besar N. Sembilan yang mangkat.
Dewan Saadah Wisma MUIS sesak dengan kehadiran umat Islam kira-kira 3-4 ribu orang.
Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah – Dr Yusof Jasmin @ Joseph Gimbad (Jabatan Pelajaran Sabah)
Anugerah Saidatina Khadijah – Datin Hjh Zainab Mohammad (PERTIWISA)
Anugerah Khalid al-Walid – Mustafa @ Yunus Sakmud (ABIM/Majlis Belia Sabah)
Anugerah Imam asy-Syafie – Datuk Hj Mokhtar Rapok (Masjid Negeri)
Anugerah Abd Rahman Auf – Datuk Hj Sulaiman Mohammad Abdullah (Tokoh Korporat)
Anugerah Masjid Cemerlang – Masjid Kg Brunei Membakut
Anugerah Surau Cemerlang – Surau al-Mu’tamar Kg Benoni Papar
Anugerah Raudhah – Taman Perkuburan as-Sam’aan Kg Batu 7 Sandakan
Penerima-penerima ini telah menunjukkan kemampuan mereka sehingga panel merasakan mereka layak menerima anugerah berkenaan.
Contohnya Datuk Hj Sulaiman adalah seorang tokoh korporat yang sangat merendah diri dan tidak ingin dikenali.
Beliau enggan menerima anugerah ini dan terpaksa dipujuk berkali-kali agar menerima anugerah Abd Rahman Auf ini.
Banyak sumbangan beliau dalam medan dakwah ini tetapi beliau tidak mahu ia didedahkan ketika pengumuman semalam. Cukuplah dengan menyebut namanya sahaja.
Mungkin tidak ramai tahu antara sumbangannya ialah membina Masjid Kg Ketiau Putatan yang serba indah dengan kos sendiri tanpa bantuan kerajaan sedikitpun.
Khabarnya mencecah RM1 juta ringgit.
Tempatnya strategik, berada di pinggir sungai dan dikelilingi oleh rumah orang kampung, tetapi malang jamaahnya tidak ramai kecuali solat Jumaat.
Pemilihan Saudara Mustapha Haji Sakmud, Presiden Majlis Belia Sabah dan aktivis ABIM yang dihormati sebagai penerima Anugerah Khalid Al Walid, amatlah tepat. Saya mengenali beliau sejak dari bangku sekolah lagi sehinggalah beliau menjadi pimpinan ABIM Sabah dan seterusnya menjadi Presiden MBS. Saya turut gembira dengan penganugerahan yang diterima oleh sahabat saya ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada Saudara Mustapha dan semoga Maal Hijrah ini membawa lebih banyak kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua.
Salam perjuangan