Semua orang bersin.
Tapi bersin di dalam Islam mempunyai adab dan petunjuk hidayah yang amat besar sekali.
Berdasarkan petunjuk agama, kita disunnatkan mengucapkan alhamdulillah setelah bersin. Saya pernah mendengar satu ceramah Ust Dato’ Hj Ismail Kamus bahawa ketika kita hendak melempiaskan bersin itu, sebenarnya jantung kita berhenti berdegup seketika.
Sesudah bersin dihembus, jantung kembali seperti biasa. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi kita nikmat umur dan kesihatan. Boleh meneruskan kehidupan dan menyambung ibadah yang belum seberapa itu.
Ada satu cerita.
Isnin lepas saya ke Pasaraya Giant di Ujana Kewangan Labuan. Ketika hendak membayar barangan yang dibeli, juruwang wanita di hadapan saya bersin sambil spontan menjerit kuat : “Astaghfirullah!”
mungkin dia bukan Islam…sbb org bukan Islam pun biasa guna perkataan tu..dan sudah tentu dia tak faham maksudnya…
maybe die da terbiase dgn kalimah 2 saat die bersin…
n mungkin juge die x didedahkan dgn kebiasaan mlafazkn kalimah Alhamdulillah…