Archive for 19 Disember 2008


Sementara menanti feri tiba.

(Jumaat) setelah singgah bertemu sahabat lama Iqbal dan Yati di Bongawan, perjalanan diteruskan ke Menumbok. Jadual feri dijangka bertolak 4.30 petang dari Menumbok ke WP Labuan.

pc1900502Kami tiba hampir jam 4 petang.

Saya bergegas ke kaunter untuk membuat pendaftaran masuk (check-in) bersama-sama Ust Nahar yang juga ke Labuan atas urusan rasmi.

Seperti masa-masa lalu, apabila musim cuti sekolah dan perayaan, feri penuh dan sesak dengan kenderaan dan penumpang.

Sambil itu, masa keluar masuk penumpang dan kenderaan juga mengambil masa yang lama.

Itulah yang berlaku pada petang jumaat lepas.

Feri yang sepatutnya bertolak pada jam 4.30 petang, hanya tiba di pangkalan pada jam 5.30 petang.

pc1900611Proses keluar kenderaan dan penumpang sekitar setengah jam, dan proses masuk selepas itu mengambil masa yang sama juga. Perjalanan hanya bermula sekitar jam 6.40 petang.

Sementara menanti feri hadir, dan kereta pula berbaris betul-betul di hadapan Balai Polis Menumbok, saya mengambil ruang itu untuk berziarah ke bangunan premis berkenaan.

Saya tumpang bilik ketua balai untuk menunaikan solat asar, dan mereka memberi kerjasama yang sangat memuaskan. 

Selepas solat, saya mengambil kesempatan untuk berbual panjang dengan beberapa anggota yang ada di sana.

Di Balai Polis Menumbok terdapat  sembilan anggota, diketuai oleh Sarjan Yasin.

pc190052Premis balai berbentuk rumah 2 tingkat itu disewa dengan kos RM1200 sebulan. Rasa saya lebih mahal berbanding Balai Polis Putatan yang hanya menyewa RM1000 sebulan.

Kata mereka, sudah ada bangunan balai baru di Mempakul. Bangunan di sana siap dengan berek sejak setahun lalu. Tetapi entah di mana silapnya, ia masih belum diduduki hingga sekarang.

Dari sudut jenayah, Menumbok adalah sebuah daerah kecil yang boleh dikatakan agak aman daripada jenayah. Paling-paling pun kata mereka ada satu kes sebulan seperti pecah rumah dan kecurian. Ada juga pernah berlaku kes rogol sekali.

Apa yang saya perhatikan, kesibukan anggota di balai ini hanya berlegar masalah laluan trafik untuk ke feri. Acap kali kedapatan kenderaan yang tidak mematuhi arahan agar beratur di belakang kenderaan yang terdahulu. Kegemaran mereka ialah memotong dan mengambil ruang yang bukan disediakan.

Akibatnya berlakulah kesesakan lalulintas sehingga menyusahkan orang ramai terutama kenderaan yang baru tiba dari WP Labuan. Sebenarnya tidak susah untuk patuh arahan itu.

Terima kasih Lans Koperal Wilfred, Lans Koperal Noriah dan Konstabel Sazali  yang memberikan sedikit ruang solat dan sajadah serta layanan baik yang lain.

Petang tadi, kami sekeluarga singgah sebentar di Kg Seladan Bongawan bertemu sahabat lama di Mesir dahulu.

Ust Hj Md Iqbal Said dan Norhayati Patra kini punya 3 cahayamata, kesemuanya puteri. Nur Batrisya Balqis (5 tahun) Nur Aqeela Qistina (4 tahun) dan Fatimah Yumna (9 bulan).

Sebenarnya mereka kini bercuti di Bongawan sudah sebulan. Yati berasal dari kampung ini sementara Iqbal dari Pulau Pinang dan kini keluarganya menetap di Perak.

Pertemuan itu jelas mengembalikan nostalgia bersama ketika di Mesir dahulu.

Balqis lahir 3 hari selepas anak sulung kami Nuha juga di Mansoura, Mesir pada Ogos 2003. Semasa di Mesir dahulu kami menjadi sahabat akrab, kerana usia lebih kurang, tarikh perkahwinan dan kelahiran anak pertama juga berdekatan.

Tambahan di Mesir rumah kami tidaklah berjauhan, tidak sampai 10 minit berjalan kaki. Kadang-kadang kami bertamu ke rumah mereka, dan kadang-kadang mereka pula ke rumah kami. Sangat akrab ketika itu.

Ia lebih rapat apabila masing-masing mendapat anak sulung. Saat-saat akhir pun dikongsi bersama. Setelah Nuha dilahirkan pada 3 Ogos, Balqis pula selamat dilahirkan 6 Ogos. Sepanjang 10 bulan Nuha membesar di Mesir, kedua mereka sering main bersama.

pc190040Sejak kami kembali Julai 2004 dan keluarga Iqbal pula September 2007, ini kali kedua Nuha dan Balqis dipertemukan semula.

Hampir terlupa, saya dan Iqbal juga punya tarikh lahir yang sama – 20 Feb. Cuma Iqbal tua setahun berbanding saya.

%d bloggers like this: