Jika ada sedikit masa, saya akan meluangkan masa untuk menyubuk blog orang lain, sama ada sahabat yang dikenali atau tidak, atau sesiapa saja yang mungkin saya termasuk ke dalam rumah orang tu.

Antaranya juga saya subuk ialah blog orang yang meninggalkan komentar di dalam blog Abu Nuha Corner ini. Ada yang santai, ada yang berat sifatnya, ada yang ala diari, ada soal jawab dan sebagainya.

1) Wartawan Utusan Borneo Sdr Abd Naddin yang saya kenali sejak beberapa tahun lepas, seorang penulis yang gigih dan berpengalaman, yang juga kenalan bapa dan abang saya di Labuan. http://abdnaddin.blogspot.com/

2) Sahabat lama saya ketika mengambil imtihan diploma di Darul Quran, Kuala Kubu Baru – Ust Hj Ahmad Fadhli Shaari pada tahun 1999. Orang Kelantan dan dia turut menyambung di Univ al-Azhar. Kalau tak salah beberapa tahun lalu dia dapat anugerah pendakwah muda negeri Kelantan. Nampak gaya macam nda lama lagi mau jadi YB. http://ahmadfadhli.wordpress.com/

3) Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT) Kota Kinabalu, yang saya turut bergelumang sedikit, sesekali turut turun ke kelas mereka (Teratak Fitrah) mengajar apa-apa yang patut. Memberi kefahaman Islam kepada para muallaf semoga mereka istiqamah dengan Islam. http://www.teratakfitrah.blogspot.com/

4) Ust Sarip Adul, pensyarah UMS yang tidak perlu diperkenalkan lagi orangnya. Orang Lawas, tetapi rezekinya di bumi Sabah. Panel Forum Hal Ehwal Islam yang sering muncul di kaca TV. Saya sangat menghormati dan mengkagumi bakat pidato dan ceramahnya yang berisi tapi santai dan nakal. http://saripadul.com/

5) Sahabat saya Sdr Fairuz Bend yang bersemangat waja. Insya Allah bakal menjadi pemimpin masa depan. Punya bakat kepimpinan dan seorang pemidato yang baik. Itu sebahagiannya mungkin hasil bakat yang diasah ketika di UMS sedikit masa dulu. Umur baru 20an. Blog yang lain daripada yang lain. Membongkar tentang sejarah Kristian dan penyelewengan yang berlaku di dalamnya. Sangat baik untuk dijadikan rujukan. Harapnya dia istiqamah dalam penulisannya. http://www.renung2fikir2.blogspot.com/ 

6) Orang lama yang saya sangat hormati. Tuan Hj Razali Kadir, orang Rusila Terengganu tetapi punya keluarga sendiri di Sabah. Bertugas sudah puluhan tahun di Sabah. Bila orang sepertinya sudah punya blog, menunjukkan dia mengikut arus perubahan zaman. Blog baru. http://toksu.wordpress.com/

7) Seorang sahabat di UMS, pensyarah bahagian air mengair, tanah menanah. Nordin Sakke, kenapa menyepi sudah sebulan blogmu nda update, tertunggu juga cerita baru. Mau tunggu ulasan tragedi Bukit Antarabangsa dari pandangan pakar Sabahan. http://abuaiman.wordpress.com/

Cukup tu dulu. Banyak laman lain tapi memadai ini untuk membantu promosi dan menyebarkan blog mereka. Laman @ blog lain sudah dikenal ramai. Ada masa blog orang lain pula.