Ulasan awal saya majlis sebentar tadi, ia tidak wajar diadakan di Dewan Wisma SESB itu.
Sekurang-kurangnya ia patut diadakan di tempat seperti Dewan Saadah Wisma MUIS yang boleh memuatkan ribuan tetamu.
Walaupun Hj Khairan Untoh mengatakan kehadiran diluar jangkaan, kedudukan beliau selaku Pengarah SIRIM dan punya nama dan rekod yang baik di mana-mana, ditambah lagi suasana malam menyebabkan tetamu mungkin lebih selesa hadir beramai-ramai bersama pasangan dan keluarga masing -masing.
Lagipun biasanya malam isnin sebegini tiada orang buat majlis kenduri kahwin. Semuanya sudah selesai siang tadi bagi yang mengadakannya.
Sebenarnya ramai yang hadir majlis itu tadi. Mungkin mencecah ribuan.
Dewan utama penuh sementara ramai tetamu di ruang luar berbaris panjang untuk mendapatkan makanan. Ia menunjukkan pada satu segi hubungan baik Hj Khairan dengan masyarakat di luar sana. Ramai tetamu yang saya lihat tadi kebanyakannya adalah jemputan Hj Khairan.
Pembahagian kedudukan tetamu dalam dewan utama dan ruang sebelah luar pula seolah-olah menjadikan ada kelas tertentu bagi tetamu yang hadir.
Walaubagaimanapun, pasangan pengantin begitu anggun pada malam ini. Seri wajah memang nampak ceria sekali.
Kami (sahabat-sahabat NGO & CONCERN) tumpang gembira kerana dapat hadir bagi memeriahkan majlis bermakna ini.
Apapun, tahniah untuk pengantin dan kesemua yang terlibat.