Archive for 13 Disember 2008


QURBAN DI KG TIMBUA, RANAU

Untuk memenuhi permintaan terutama para penama qurban di Timbua yang berada di Semenanjung Malaysia, saya paparkan beberapa gambar berkaitan.

Kelihatan kesungguhan penduduk kampung bekerjasama menyelesaikan majlis qurban mereka pada hari itu. Lokasi penyembelihan ialah di bangunan Sekolah Agama Rakyat Kg Timbua.

Sama seperti di Kota Marudu, majlis qurban ini pada peringkat awalnya dirus oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan JAKIM Cawangan Sabah dan dikendalikan sepenuhnya oleh penduduk kampung.

Ini adalah haiwan qurban kelima setelah empat yang lain ditumbangkan di Kota Marudu.

Upacara penyembelihan diketuai oleh Ust Rustamin, yang berkhidmat sebagai guru besar sekolah agama berkenaan sekaligus pendakwah di kampung berkenaan, sambil dibantu oleh penduduk kampung termasuk kaum ibu yang turut serta.

 

Sedikit tentang Ust Rustamin, beliau berasal dari Lombok Indonesia dan sebelum berkhidmat di kampung ini setahun lalu, beliau ditempatkan di SUI Tambunan selama 26 tahun.

Terima kasih kepada para peserta qurban : Rohani Hj Md Saad, Zakiah Bakar, faizah Sawandi, Md Akmal Mansor, Zulfazillah Ahmad, Hawa Md Ibrahim dan seorang penama dari Timbua sendiri (tidak disertakan dalam laporan).

Insya Allah ada rezeki, tahun depan kita berqurban lagi.

Rimas juga melihat rambut anak-anak buah yang sudah menebal.

Ayah dan ummi mereka ada di Kuching, jadi saya sendiri ‘mengerjakan’ rambut mereka menggunakan mesin yang dibeli sejak setahun lalu di Labuan.

Tidak susah memotong rambut Farihin yang nampak panjang tapi nipis. Lambat menghabiskan rambut Farhan yang agak tebal dan banyak. Manakala si Mohammad pula takut dan melawan. Rimaslah tu!

Bila sudah siap, masing-masinglah mengaku seperti rambut Mawi, Upin dan Ipin. Budak-budak!

pc1000141

Kira-kira dua minggu lagi umat Islam akan menyambut tahun baru hijrah 1430.

Para penganjur program sambutan juga sedang membuat persiapan. Antaranya menjemput ilmuan, ustaz ustazah untuk menyampaikan syarahan berkaitan.

Ada beberapa modal atau tajuk ceramah yang dicadang untuk dibawa dalam ceramah atau tazkirah nanti sekiranya penganjur tidak meletakkan tajuk khusus.

1) Sirah hijratul rasul secara terperinci. Bermula daripada hijrah pertama, hijrah kedua sehingga tiba di Madinah.

2) Huraian kepada bulan-bulan Islam dan sejarah nama dan peristiwa-peristiwa penting secara ringkas.

3) Huraian tema maal hijrah tahunan. Untuk tahun ini, tema masih seperti tahun lalu : Menjana Ummah Gemilang.

4) Huraian kepada hadith niat. Hadith 1 dalam buku hadith 40. Ia sangat berkaitan dengan hijrah dan perubahan diri kepada yang lebih baik.

5) Watak-watak utama dalam peristiwa Hijrah. Nabi SAW, Abu Bakar RA, Ali RA, Asma’ RA, Abdullah bin Abu Bakar RA, Amir bin Fuhairah, Abdullah Uraiqat, juga kisah Suraqah serta pengajaran kepada umat Islam pada hari ini.

6) Keutamaan dan peranan masjid dalam perpaduan ummah. Baginda SAW tiba di Quba dan mendirikan masjid, juga apabila tiba di Madinah, baginda mendirikan masjid Nabawi.

7) Strategi hijrah Nabi SAW. Bermalam di gua, melalui jalan yang jarang dilalui orang dan sebagainya.

8 ) Huraian dan tafsir kepada ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan hijrah.

9) Kesyumulan Islam. Islam bukan hanya solat, puasa dan haji. Ia merangkumi seluruh kehidupan. Tujuan besar hijrah ialah untuk mendirikan negara dan hukum secara keseluruhan. Jika Islam hanya solat, puasa dan haji, lebih baik tinggal di Makkah.

10) Huraian kepada doa akhir dan awal tahun.

Ini hanyalah cadangan.

Sudah tentu banyak lagi isu-isu atau bahan-bahan lain boleh diketengahkan dalam ceramah, bergantung kepada kemampuan penceramah serta waqii audien yang ada di hadapan kita.

%d bloggers like this: