Majlis qurban ini dianjurkan oleh Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta dikendalikan sendiri oleh penduduk kampung yang terlibat pada hari raya pertama 10 Zulhijjah 1429.

Terdapat empat lokasi qurban iaitu Surau Kg Longob, Surau Kg Damai,  Surau Nur Ain Tongkongon, Surau Bukit Lalang.

SURAU KG LONGOB

ilakhair-028Kira-kira 50 AJK Surau dan penduduk setempat hadir pada jam 10 pagi di perkarangan surau bagi menyertai ibadah qurban.

ilakhair-027Seekor lembu dihantar ke lokasi pada jam 5 petang sehari sebelum hari raya dari Bengkongan, Kota Marudu.

Terima kasih kepada semua peserta qurban : Subaihah Kamal, Fuziah Mohsin, Idhar Jaafar, Irfah Samahah Abu Bakar, Hayati Mahmud, Makiah Mansor dan Abu Bakar.

Tidak lupa kepada orang yang dipertanggjawabkan di sana iaitu Ust Jamrus Abdul Malik.

SURAU KG DAMAI

Ni ada lucu sikit.

Menurut laporan yang diberi, seekor kerbau yang sepatutnya dihantar pada jam 5 petang 7 Disember tidak muncul apabila ia terlepas gara-gara tidak dikurung. Terpaksalah pula usaha mencari dan menangkap semula dilakukan.

ilakhair-023Walaubagaimanapun semuanya berakhir dengan baik apabila kerbau tersebut berjaya diselesaikan sekitar jam 11 pagi.

Melihat kerbau yang ‘dikerjakan’ tu pun, nampak puas hati sungguh.

ilakhair-026Suasana di sini lebih meriah apabila 60 orang jamaah yang hadir sempat melakukan majlis bergunting rambut untuk seorang bayi sebelum aktiviti penyembelihan dan melapah dilakukan.

Terima kasih kepada peserta qurban dan aqiqah : Zuraini Abd Rahman, Hufaz Karimi Norhasan, Alea Zia Shakira Zailany, Mohd Ehram Adanan, Kamsiah Zakaria, Mohd Ghafar Ismail dan Nursyafiqah Md Junin.

Terima kasih khusus buat Ust Baharuddin Mardia yang tidak jemu-jemu memimpin penduduk setempat, memberi tazkirah dan menyembelih kerbau yang dimaksudkan.

SURAU NURAIN KG TONGKONGAN

ilakhair-006Kehadiran di sini tidak begitu menggalakkan kerana perubahan tempat yang mendadak dari Kg Geruda Baru ke sini lewat dimaklumkan.

Tidak sampai 30 orang yang hadir dalam majlis yang bermula sekitar 9-9.30 pagi itu yang mengqurbankan seekor lembu.

ilakhair-009Walaubagaimanapun, berkat kerjasama semua penduduk yang hadir yang diketuai oleh Imam Abd Rahman Majudin, daging qurban dapat diagihkan dengan sempurna khususnya kepada saudara-saudara baru di sekitar kampung.

Terima kasih kepada Ust Abd Rahman dan Ustaz Ajirin yang bersusah payah.

Peserta qurban : Mohd Ehram Adanan, Noorsharimah Mod Taib, Latifa Ispal, Rosna Malmod, Nurain Adila Misron, Hashim Harun dan Hjh Badariah  @ Bangkiling Hassan.

SURAU KG BUKIT LALANG

xpdc-kota-marudu-077Surau kampung ini yang memang lokasinya di atas bukit, namun kehadiran sangat memberansangkan.

Kira-kira 70 penduduk hadir kebanyakannya muallaf membanjiri surau untuk membantu kerja-kerja menyembelih, melapah dan mengagih.

ilakhair-020Kaum ibu juga turut hadir membantu kerja-kerja memotong dan memasak daging lembu berkenaan.

Jamuan qurban juga diadakan bagi tujuan menarik perhatian penduduk mendekati surau.

Terima kasih kepada Ust Zulkifli Alud yang banyak berkorban untuk surau ini.

Peserta qurban dan aqiqah : Ahmad Farwis Md Akhir, Md Wafiy Md Nasirin, Murazimah Abd Aziz, Zulkifli Ahmad dan Puan Misah.

Demikian aktiviti qurban yang diadakan di empat lokasi dalam daerah Kota Marudu pada tahun 1429 ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Zakaria Md Ali Hanafiah kerana usaha terakhir beliau sebelum berpindah ke Kelantan minggu lepas, juga sahabat saya Ust Khairul Anwar Md Nawi yang menjadi penyelaras dan pengantara program ini sekaligus menyediakan laporan asal untuk tatapan kita bersama, bersama Ust Kasyfullah.

Juga kepada semua peserta qurban dan aqiqah yang kebanyakan penamanya berada di luar lokasi, sama ada di Kota Kinabalu atau di Semenanjung Malaysia.

Mudah-mudahan dengan laporan ini, insya Allah tahun hadapan kita dapat melaksanakan ibadah ini dengan bilangan yang lebih ramai lagi. Sebenarnya banyak lagi perkampungan di daerah ini dan di seluruh Sabah memerlukan program seumpamanya, terutamanya perkampungan muallaf yang tidak mendapat daging qurban.

Walaupun kami di Kota Kinabalu tidak dapat hadir kerana komitmen qurban di tempat masing-masing, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali.

Kepada Allah kita bermohon semoga amal ibadah kita yang sangat sedikit pada majlis qurban ini diterima oleh Allah dan diampunkan segala dosa kesalahan. KepadaNya tumpuan segala munajat.