Archive for 10 Disember 2008


KENDURI AQIQAH UNTUK HANA

p9280031Sudah lama hasrat ini terpendam, baru kini dapat dilakukan.

Aqiqah dibuat khusus untuk anak kedua Hana Sumayyah yang berumur hampir 4 tahun Mac depan, sementara dia sendiri sudah punya dua adik lagi yang belum diaqiqahkan.

Hana Sumayyah lahir pada sabtu, 12 Mac 2005 di Hospital Likas.

Ingat lagi tarikh itu adalah hari Wad Bersalin Hospital Queen Elizabeth ditutup untuk pemindahan sepenuhnya ke Hospital Likas yang jauh lebih selesa.

Sementara anak sulung – Nuha Wafiyyah sudah diaqiqahkan dengan khoruf (biri-biri) ketika berumur 4 bulan di Kaherah pada tahun 2003. 

pc0800832Seram sejuk rasa badan menyembelih binatang tu sendiri setelah dipaksa kawan-kawan, sedangkan menyembelih ayam pun saya tidak pernah. Tu lah!

Menggigil tangan dibuatnya. Buat malu kompeni betul!

Ok. Cerita aqiqah Hana pula.

Aqiqahnya saya sertai penyembelihan yang dilakukan di Surau Taman Olivia Kepayan sempena Eidul Adha ini.

pc0800992Kami sekeluarga memang berhajat untuk berkenduri di rumah bagi meraikan sebahagian ahli jamaah masjid yang kebanyakannya bukan orang senang juga.

Agak-agak adalah 50-60 orang hadir.

Selain beberapa ahli keluarga terdekat dan jamaah masjid kampung, turut hadir beberapa jamaah Surau Austral dan Surau Taman Limauan, dan beberapa ahli usrah. 

pc080105Cuma terkilanlah sedikit rakan-rakan sepejabat yang diundang tidak dapat hadir.

Sebenarnya tujuan menjemput rakan-rakan sepejabat itu untuk mewujudkan hubungan di luar pejabat.

Setiap hari bercerita urusan rasmi, sepatutnya kendurilah masa untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Nda pa lah.

pc080080Jemputan mula hadir hampir jam 8 malam.

Ia dimulakan dengan takbir raya sekitar setengah jam sementara menanti jemputan yang lain.

Takbir raya itu muqaddimahnya dipimpin oleh En Saberun Abd Kadir dan Tuan Hj Pg Kenit, kedua-duanya orang kuat masjid, kemudian diikuti oleh yang lain, bergilir-gilir sekitar setengah jam.

pc0801122Ust Zainuddin Lateh menyampaikan tazkirah berkaitan kepentingan qurban sekitar 15 minit sementara Ust Hj Nor Azamuddin Umar memimpin bacaan doa kesyukuran.

pc080121Menunya daging kerbau masak kicap, ayam masak kurma, sos telur, sayur lodeh, nasi himpit dan sambal kacang.

Alhamdulillah, hajat kenduri aqiqah tertunai sudah. Semuanya berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua yang hadir.

 

 

pc0801192

pc080124

pc080074Sempena hari raya juga, kami mendapat jemputan ‘kenduri masuk rumah’ yang diadakan oleh pakcik saya –  adik lelaki bapa saya.

Kenduri diadakan selepas asar 10 Zulhijjah.

Arun Mahali, 50 tahun mulanya bertugas di Jabatan Imigresen sejak tahun 1978. 

Mulai 2007 ditugaskan di Pusat Tahanan Menggatal (Rumah Merah)  di bawah Pasukan Petugas Khas Persekutuan, satu agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara.

pc080070Anak-anaknya Nur Afnizah, Nurul Huda dan Naqiyuddin adalah hasil perkahwinan dengan bekas isterinya Fatimah Abdullah – muallaf berbangsa lundayeh.

Nurul Huda pula sudah berumahtangga dengan seorang muallaf, anggota polis berasal dari Sarawak yang kini bertugas di Kudat dan punya seorang cahayamata – Haikal.

Sementara itu, rumah teres yang baru dibeli itu mula dimasukinya sejak 2 malam lepas. Lokasinya di Lorong 2 Taman Bersatu Putatan.

Sudah rezekinya apabila rumah itu hanya dijual RM127 ribu dengan kebetulan tuan sudah siap sedia mengubahsuai rumah teres sebelum menjualnya.

Rasanya bertahun kami tidak bertemu sejak saya berkahwin, sedang anak-anaknya mungkin lebih lama daripada itu tidak ditemui, sedangkan satu ketika dahulu kami sangat rapat.

Harapnya, sinar kebahagiaan akan kembali bercahaya di rumah dan dalam keluarga itu sebagaimana yang dicita-citakan. Saya harap mereka faham maksud saya itu.

Sebenarnya tiada siapa berani mempertikaikan keberanian mereka.

Saat manusia bergembira pagi eidul adha kerana hendak makan-makan daging qurban mulai tengahari, encik Jamus @ Gamus (kata orang Mesir) dengan rela hati berqurban diri kerana Allah SWT. Meski ia tetap meronta, tetapi pemergiannya sangat bermakna.

Hidupnya diakhiri dengan berbakti kepada Rabbnya yang Maha Berkuasa dan memberi faedah kepada orang lain.

Kita bagaimana?

pc080039

pc080035

pc080043

pc080051

pc0800381

Terima kasih Tuan Hj Baharum (gambar ketiga – baju biru ketayap putih) selaku ‘wakil malaikat maut’ pagi kelmarin di Surau Taman Olivia bersama skuad mereka yang diketuai oleh Tuan Thussin (Pengerusi JK Surau).

Firman Allah : “Daging atau darah itu sekali-kali tidak mencapai (keridhaan)  Allah, tetapi taqwa daripada kamulah yang dapat mencapainya..” (al-Hajj : 37)

%d bloggers like this: