Archive for 7 Disember 2008


TERIMA KASIH CIKGU YA

pc040067Saya bukanlah orang yang paling layak bercerita tentang manusia berhati mulia ini.

Tetapi sedikit perkenalan, dan cuma dua kali pertemuan – yang kali kedua itu ketika menghantar beliau pulang di Terminal 1 LTAKK, sebenarnya membuahkan ukhuwah Islam yang tidak akan berkesudahan.

Cikgu Zakaria Md Ali Hanafiah, bersama isteri dan tiga anak kesayangan kembali ke negeri asal Serambi Makkah setelah menabur jasa selama 8 tahun di Kota Marudu khususnya SMK Bingkungan.

Bukan sekadar masa dihabiskan di sekolah dan di rumah cuma, bahkan 8 tahun yang dianggap seketika itu benar-benar dimanfaatkan untuk Islam.

Bagi kebanyakan mereka yang mengenalinya, Cikgu Ya bagai sebiji benih yang tumbuh mekar di Kota Marudu. Apa sahaja ruang dakwah yang ada di hadapannya, nescaya tidak dibiarkannya berlalu begitu sahaja.

Mengurus PASTI, menjual akhbar Harakah, khatib dan aktivis di Masjid Jamek Kota Marudu, aktivis Yayasan Amal, penceramah dan salah seorang pembimbing kepada sahabat-sahabat muallaf, dan sebagainya. Jangan lupa, beliau juga seorang blogger.

Beliau hanya seorang cikgu biasa, tetapi melakukan sesuatu yang biasa dibuat oleh seorang ustaz. Tidak keterlaluan dikatakan, beliau hampir keseorangan dalam mengurus satu-satu program.

pc040069Saya maklum, sahabat-sahabat khususnya di Kota Marudu kehilangan seorang lagi pendakwah yang cekal, dedikasi  tetapi suka merendah diri.

Dia telah meninggalkan sesuatu yang bernilai untuk umat Islam Kota Marudu walau hanya 8 tahun.

Saya turut merasa kehilangan walau tidak banyak mengenalinya.

Kehilangan itu bukan kerana hasil banyak pertemuan, tetapi satu dua pertemuan itu telah mengikat satu persaudaraan Islam khusus dalam menyebar dan meninggikan kalimah Allah.

Semoga pertemuan dan perpisahan itu dalam ruang lindungan Allah SWT. Sedih menyelubungi diri, air mata akhirnya tumpah jua. Kami menanti pengganti semulia Cikgu Ya di Kota Marudu.

Terima kasih buat Cikgu Ya, isteri dan anak-anaknya.

Sementara saya dalam perjalanan ke Surau an-Nur Taman Limauan untuk kuliah mingguan, Sarjan (?) Hamid pegawai polis yang menyiasat kes kecurian di rumah menyampaikan maklumat bahawa suspek sudah ditangkap.

Budak itu bernama Sadik bin Sharil, anak kampung ini juga.

Umur belum mencapai 20 tahun, tepat sebagaimana jangkaan pegawai penyiasat yang datang ke rumah isnin lepas. Kata mereka berdasarkan saiz cap jari yang diperolehi, pencuri yang memecah masuk merupakan seorang remaja.

Sebelum ini, Sadik dikatakan disembunyikan oleh keluarganya di satu lokasi yang tidak diketahui. Tetapi Allah SWT mentakdirkan semalam nenek si Sadik telah meninggal dunia. Mau tidak mau, dia terpaksa kembali ke sini juga.

Pegawai tadi juga memberitahu si Sadik ini telah mengaku mencuri dan telah menghabiskan kesemua wang yang dicurinya.

Sebenarnya, ini bukan kali pertama dia mencuri. Bahkan bukan kali pertama dia ditangkap. Keluar  masuk lokap. Inilah akibatnya apabila hukum Islam dalam hal jinayat diabaikan. Tidak ada kegerunan di dalam diri penjenayah.

Harapan kami buat masa ini untuk bertemu dengan penjenayah ini gagal kerana kata polis itu, Sadik telah dimasukkan ke dalam lokap.

Terima kasih atas usaha pasukan polis berkenaan, walaupun terpaksa menanti seminggu.

pb100555Persiapan ke arah sambutan ini sedang rancak berjalan.

Bahagian Penyelidikan & Informasi selaku urusetia induk sambutan ini bersama bahagian-bahagian lain JHEAINS kini sedang rancak melakukan persiapan itu.

pc0400631Di peringkat bahagian kami, satu mesyuarat dalaman telah diadakan khamis lepas. Ia untuk memastikan kerja-kerja yang telah dibahagi-bahagikan sebelum ini bergerak lancar.

Sebenarnya untuk peringkat ini, semuanya mengikut perancangan yang ditetapkan, khusus daripada Ust Musally (KPP) dan Ust Jumain (penyedia kertas kerja).

Selepas raya nanti, mesyuarat-mesyuarat pemilihan anugerah akan dijalankan. Begitu juga kalendar baru sedang dalam percetakan untuk edaran umat Islam.

Untuk peringkat negeri, majlis bacaan doa akhir dan awal tahun akan diadakan di Masjid Negeri pada ahad 28 Dis 08 sementara acara penuh Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri di Dewan Saadah Wisma MUIS Kota Kinabalu pada 29 Dis 08 (Isnin) mulai jam 7.30 pagi.

Insya Allah, TYT Yang DiPertua Negeri Sabah Tun DSP Hj Ahmadshah Abdullah akan hadir seterusnya merasmikan majlis itu nanti.

Umat Islam dijemput hadir ke majlis berkenaan.  Maklumat lanjut boleh menghubungi 088-222435 / 219832.

%d bloggers like this: