Archive for 5 Disember 2008


BALAI POLIS PUTATAN PERLU NAIK TARAF

Berkait dengan kecurian yang menimpa kami pagi isnin, saya menyampaikan sedikit luahan berkenaan Balai Polis Putatan.

Pertamanya, saya menghubungi Balai Polis berkenaan sekitar jam 6.30 pagi. Panggilan ke 088-764987 dijawab oleh seorang pegawai yang tidak perlu saya sebutkan. Cuma dia ada berpesan, katanya :

“Tolong cek apa-apa lagi yang hilang; kemudian datang ke sini buat laporan. Datanglah dalam jam 8 atau 8.30 pagi”.

Apa yang saya tahu dalam prosedur kerja mereka, setelah laporan hatta melalui telefon dibuat, pegawai terutama pasukan peronda akan mereka hubungi supaya datang ke lokasi kejadian.

Kenapa dia suruh datang jam 8 atau 8.30 pagi?

Rupanya waktu itu jadual bertugas sudah bertukar ke tangan orang lain menjelang jam 8. Jadi satu setengah jam berbaki itu mungkin dianggap waktu kecederaan bagi mereka. Biar shif lain mengambil tempat.

Itu pandangan yang saya petik sendiri daripada kawan-kawan mereka.

Walaubagaimanapun, pegawai-pegawai yang berada di balai ketika saya datang membuat laporan sangat sporting sekali. Kerjasama diberi sungguh erat. Saya tidak ada perasaan segan datang ke sana.

Tetapi ada pula luahan mereka.

Katanya orang ramai kurang memahami hakikat bahawa staf di balai Putatan cuma punya 13 anggota sahaja. Oleh itu mereka masih bergantung bantuan Balai Polis Penampang walaupun Putatan sudah naik taraf sebagai daerah penuh.

Pegawai Penyiasat, pasukan trafik masih didatangkan dari Penampang.

Hakikatnya saya sendiri selepas membuat aduan kecurian, terpaksa menunggu sejam setengah di balai sehingga tertidur menanti pegawai penyiasat datang dari balai Penampang. Mujur pegawai tu baik hati orangnya.

Bangunannya merupakan sebuah rumah banglo yang disewa RM1 ribu sebulan. Selain itu ada anggota dan kenderaan yang dihantar ke sini ditarik semula ke tempat lain. Kini mereka hanya ada sebuah waja dan kancil untuk bergerak.

Walaubagaimanapun saya juga mendapat maklumat bahawa balai akan dinaiktaraf. Khabarnya balai baru akan dibina berdekatan kawasan Servay. Wallahu a’lam.

Cuma saya memandang keperluan agar pegawai tetap ditambah dengan segera. Terutama unit yang mendesak.

Putatan adalah sebuah daerah yang terletak di pinggir Bandaraya Kota Kinabalu, dan menjadi pintu masuk dari arah selatan ke bandaraya. Jenayah merebak ke sini.

Putatan juga menjadi daerah yang meningkat maju sekarang. Sudah tentu potensi jenayah juga semakin mencabar.

Naik taraf yang saya cadangkan ini bukan berkenaan balai sahaja. Ia juga berkait cara bekerja, bilangan pegawai dan prasarana itu sendiri.

Saya yakin pihak berkenaan menyedari.

pc010315Sengaja dilambatkan khabar ini untuk menenangkan fikiran.

Malam Isnin lepas, sekembali dari Ranau sekitar jam 10, saya langsung tidur keletihan. Kebiasaannya sejak menjadi blogger kecil-kecilan ni waktu tidur menganjak ke jam 1-2 pagi.

Subuh isnin, sekitar 5.30 pagi isteri mengejutkan saya seraya memberitahu ada pencuri masuk. Mungkin antara jam 1-5 pagi itulah.

Pencuri itu membuka dua keping cermin di ruang tamu atas lalu masuk melalui ruang itu dan keluar melalui pintu tamu di atas juga.

pc010318Tiada kehilangan lain kecuali wang tunai hampir RM3 ribu milik ibu mertua.

Wang itu antaranya adalah hasil pemberian anak menantu yang dikumpul-kumpul.

Pagi itu saya menyelesaikan beberapa urusan berkaitan.

Membuat laporan polis di Balai Polis Putatan, kemudian menanti kehadiran pegawai penyiasat – Sarjan Shamsul dari Balai Polis Penampang yang terus menyoal dan mencatat beberapa soalan penting.

pc010322Kemudiannya Sarjan Shamsul dan seorang pegawai forensik turut serta ke rumah membuat siasatan lanjut.

Berdasarkan kajian forensik awal itu, pegawai berkenaan menjelaskan bahawa pencuri yang masuk itu bodoh kerana ia meninggalkan cap jari yang mudah dikesan melalui cermin tingkap yang dibukanya.

Keduanya, menurut pemerhatiannya, pencuri itu mungkin seorang remaja berumur sekitar 16-17 tahun berdasarkan saiz jari yang kecil.

pc010323Kedua pegawai itu selesai membuat siasatan di rumah sekitar jam 12.30 tengahari.

Ada maklumat yang diperolehi kemudiannya, bahawa terdapat seorang remaja yang berbelanja besar sepanjang hari itu.

Dengarnya beli handphone baru dan belanja kawan-kawan.

Ada yang kata dia kerja kilang. Ada pula kata menganggur. Saya ingat, inilah suspek kejadian ini.

Cerita ini didedahkan sendiri oleh budak-budak kampung. Berkali-kali mereka datang ke rumah memberi maklumat, kerana takut mereka pula akan dituduh dan dilibatkan.

pc010326Pak polisi terutama Sarjan Shamsul dan CID Hamid yang pegang kes ini sudah dimaklumkan.

Hari kedua saya mendapat maklumat lagi ada khabar bapa suspek merancang ‘menapuk’ anaknya di satu lokasi.  

Saya maklumkan hal itu dan kemudian beberapa anggota khabarnya datang ke kampung untuk menahan suspek. Tetapi dia tiada. Siasatan masih dijalankan.

Di tepi rumah kami ni, ada sebaldi besar najis arnab. Saya fikir-fikir mau simbah dulu budak pencuri tu. Geram betul!

%d bloggers like this: