Archive for 4 Disember 2008


USTAZ SAMPUL?

Artikel asal dari http://syukran.wordpress.com. Tajuk asalnya “‘Ust. Sampul’ semakin jauh dari Jamaah, berbini dua jadi bicara usrah”. Artikel yang sangat baik untuk para asatizah untuk renungan bersama.

Ketika musim reformasi 1998, kemunculan Ustaz-ustaz yang bersuara lantang begitu ramai. Mereka bukan sahaja mampu berbicara soal hukum hakam dan aqidah tetapi turut bersilat dengan bahasa siasah politik.

Jumlah yang balik dari luar negara begitu ramai hingga persaingan antara Ustaz-ustaz Keluaran Al-Azhar dengan Universiti negara lain berlaku.

Ustaz-ustaz keluaran Jordan, Syria, Iraq, Yaman dan sebagainya turut berjaya mendapat tempat dalam masyarakat.

Saat itu mereka bergantung penuh dengan sahabat-sahabat seperjuangan dalam jamaah disini. Mereka diberikan ruang yang secukupnya untuk berdakwah.

Bukan sahaja menjadi Naqib usrah, malah diberikan laluan untuk singgah menabur ilmu di masjid surau, pejabat-pejabat dan juga rumah-rumah ahli.

Masa berlalu pergi, jumlah Ustaz muda semakin ramai. Mana yang mampu berceramah pastinya menjadi rebutan ramai. Tidak cukup dengan itu, Ustaz keluaran tempatan juga membanjiri tanahair.

Malah ada juga yang tergolong dalam kelompok profesional seperti jurutera, doktor, guru dan peguam yang mampu melafazkan ilmu sama seperti ustaz dari luar negara ini.

Persaingan begitu sengit, namun bayarannya tidak pernah kurang. Ke mana sahaja mereka pergi, para jamaah tidak lokek memberikan sumbangan.

Selalunya mereka bicara soal hukum hakam, kemunafikan dan soal syurga neraka. Namun kini sudah terbit jiwa-jiwa nakal dalam diri mereka. Dulunya mereka negitu naif dan hanya mampu menaburkan ilmu yang diajar oleh sang guru.

Kini mereka semakin advance. Pendapatan berceramah sahaja kadang kala mencecah hingga sepuluh ke lima belas ribu sebulan. Ah….itu rezeki mereka kenapa mahu cemburu.

Motor buruk ditolak ke tepi, kereta baru menjadi penganti. Tidak cukup dengan itu mereka juga sudah meninggalkan rumah-rumah bujang untuk menetap mewah di rumah-rumah teres dan banglo bersama isteri yang cantik jelita.

Alhamdulillah atas rezeki yang melimpah itu. Cuma akhir-akhir ini sudah mulai terasa suatu kekecewaan terhadap ustaz-ustaz ini.

Sudah ada yang pandai demand. Nak bagi ceramah pun kena bincang dengan PA, tengok jadual di PDA dan tanya berapa harga ‘sampul’ nak bagi.

Dulu kalau dijemput ceramah ke utara atau pantai Timur mereka sanggup redah walaupun kadangkala hanya dapat RM 50 atau tiada langsung. Zaman itu kuliahnya Ikhlas. Kini kuliahnya berkias-kias.

Kalau datang berceramah pun, isinya sudah lain. Kena pula bila Ustaz itu sudah mula masuk suara ke corong radio IKIM atau kulaih di RTM, TV3, NTV7 atau TV9.

Pastilah hilang suara keramat berbaur siasah. Langsung tidak disentuh soal kezaliman pemerintah dan harakah Islamiah.

Duit punya pasal, ada juga yang enggan naik ke pentas Pas untuk berceramah lagi. Walhal pada zaman awal kemunculan mereka, pentas pas yang buruk itulah yang menjadi tempat mereka berdiri.

Kini disepak begitu sahaja, malah pandang pun tak mahu. Kononnya takut dicop Ustaz pembangkang, dan dakwahnya tersekat.

Huh! dakwah? dakwah apa kalau takut untuk berbicara. Kerana ‘sampul’ dunia mereka lupa asal usul dan jasa-jasa jamaah.

Maka terperosoklah mereka dalam dunia sendiri.

Kini bila ketemu kembali dengan Ustaz-ustaz ini bicaranya sudah berbeza. Kalau bukan cerita soal kereta, mereka akan buka cerita pasal rumah.

Yang terkini, mereka sudah pandai bicara soal berbini dua, ianya isu hangat yang dijadikan modal Usrah mereka.

Dulu pelbagai dalil Quran dan hadis dihamburkan untuk berbicara soal perjuangan dan wajibnya menginfakkan diri bersama jamaah. Kini dalil Quran Hadis dijadikan modal untuk melampiaskan keinginan beristeri dua.

Tinggal isteri pertama dalam keredhaan berair mata. Bukannya tidak boleh. Mereka mampu tetapi adakah kemampuan wang ringgit itu sudah memadai.

Adakah kemampuan fizikal yang didirikan dengan tongkat ali itu mampu dijadikan alasan penebus nafsu.

Mereka hilang nilai di sisi Jamaah. Hilang hormat untuk mereka. Kerana kejar dunia mereka jual ilmu. Kerana nafsu mereka jual agama. Kerana nak hidup lebih senang mereka tinggalkan Jamaah.

Ana yakin, diluar sana ramai lagi Ustaz-ustaz yang lebih baik dari mereka. Malah ada yang sudah terkenal dikaca-kaca TV masih tawaduk menabur ilmu menentang kezaliman pemerintah. Walau diugut dan cuba disekat mereka semakin mara.

Ayuh kekalkan momentum perjuangan. Jangan biarkan diri anda hanyut dalam mabuk kuliah dan dunia. Lihatlah dikiri dan kananmu. Jamaah memerlukan, rakyat mengharapkan keikhlasan.

Sesungguhnya rezeki Allah itu berkat buat mereka yang ikhlas beramal dan menaburkan ilmu dalam perjuangan membela kalimah Allah.

Antara Ustaz Sampul dan Ustaz Tawaduk, kami sudah kenal siapa dia sebenarnya……

Ia masih berkaitan dengan Hj Nic. Tetapi ada baiknya kita perhatikan terlebih dahulu firman Allah ini :

“..boleh jadi kamu benci sesuatu perkara sedangkan itu baik buat kamu. Dan boleh jadi juga kamu suka sesuatu perkara sedangkan itu sebenarnya tidak baik untuk kamu; (kerana) Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu”.

pb300310Sejam dari Timbua merentasi jalan berbatuan, kami tiba di hujung jalan beraspal sekitar jam 5.15 petang.

Kami kembali bertukar kereta dan mengucap salam perpisahan dengan Ust Aziz Muji yang banyak membantu.

Maklumat awal yang kami terima, Hj Nic akan menyertai penerbangan MAS ke KLIA sekitar jam 9 malam.

Beliau seterusnya akan mengembara ke Desaru Johor pula untuk program dakwah selama 4 hari di sana. Perhubungan dengan anak isteri hanya melalui telefon sahaja.

Che’gu Jamil meminta Hj Nic menghubungi urusetia YADIM yang menguruskan tiket untuk mengetahui jadual sebenarnya.

Amat mengejutkan apabila kami diberitahu sebenarnya waktu pesawat berlepas jam 7.30 malam. Sedangkan sekitar jam 6 itu kami baru berada di Kundasang. Perkiraannya, Hj Nic akan terlepas penerbangan itu.

Ringkas cerita, kami tiba di LTAKK Terminal Satu jam 7.50 malam. Sah terlepas.

Melihat jadual penerbangan, di Terminal 2 ada satu penerbangan Air Asia jam 9.15 malam terus ke Johor Bahru.

Segera ke sana, alhamdulillah terdapat tempat kosong buat Hj Nic.

Perhatikan takdir Allah SWT.

Dia mahu kami selesa berprogram di Timbua, sehingga Hj Nic terlepas penerbangan KK-KLIA. Kemudian ada pula seat Air Asia KK-Johor Bahru. Ia lebih menjimatkan masa Hj Nic.

Bayangkan kalau orang yang tidak beriman dengan ketentuan Allah. Sudah tentu akan keluar dari mulutnya perkataan-perkataan yang tidak baik, menyalahkan itu dan ini.

Allah SWT memudahkan urusan Hj Nic.

pb300153Sekitar 9.50 pagi, kami tiba di Timbua.

pb300158Saya pertama kali ke sini, manakala Hj Nic dan Che’gu Jamil merupakan kunjungan kedua.

Kali pertama mereka hadir memenuhi undangan berceramah lewat sebulan lalu.

Kami hadir di lokasi kursus – SMK Timbua dalam keadaan penduduk kampung sudah bersedia.

Ketibaan kami disambut oleh penduduk kampung yang ternanti-nanti kerana kami sudah terlewat lebih sejam.

Menurut maklumat yang diterima kebanyakan penduduk kampung bekerja sebagai petani sayuran dan buah-buahan seperti durian, langsat, mangga dan sebagainya.

pb300215Ada juga yang bekerja sebagai penanam padi sawah dan padi bukit.

Daripada segi kekurangannya, selain jalanraya yang tidak sempurna, mereka hanya menikmati kemudahan elektrik generator pada jam 6-10 malam sahaja.

Sementara sekolah mempunyai generator sendiri. Talian telefon biasa tiada, manakala tiada sebarang isyarat untuk telefon bimbit.

Daripada segi kemudahan, ia mempunyai masjid dan 3 buah sekolah.

 

pb300195SK Timbua, SMK Timbua dan Sekolah Agama yang berusia hampir 10 tahun. 

Bercerita soal sekolah agama, ia pada mulanya adalah sekolah agama rakyat.

Menjelang tahun hadapan, ia diangkat menjadi sekolah agama negeri (SAN). Terdapat hampir 200 pelajar.

Pilu juga mendengar cerita bahawa pernah guru mereka yang seramai 4 orang itu hanya mendapat RM73.35 sebulan.

Sementara itu, untuk keluar ke Pekan Ranau, terdapat beberapa van yang datang pada awal pagi dengan tambang antara 6-7 ringgit seorang dewasa. Manakala 5 ringgit untuk pelajar.

pb300182Sesudah dijamu penganjur, Hj Nic terus mengambil tempat.

Mengisi slot berkenaan pengenalan agama Kristian dari cerminan Islam. Beliau juga menyelitkan kisah-kisah bagaimana akhirnya dia bertemu hidayah Allah SWT di Amerika Syarikat.

pb300200Kami benar-benar menyaksikan mereka dahagakan ilmu agama.

Kiraan saya, berbelas ibu turut hadir mengendong bayi masing-masing.

Ada yang sambil menyusukan anak, mendodoi, menukar lampin, Begitu juga orang tua, baik lelaki atau perempuan.

Selain itu, 20 buah buku tulisan Hj Nic dan Ust Abdullah Din yang Che’gu Jamil habis dibeli dalam masa yang sekejap sahaja.

pb300216Dalam ceramah itu dapat diperhatikan pelbagai gelagat mereka.

Sesetengahnya terpaku, menganga tetapi sebenarnya memberi sepenuh perhatian kepada ceramah Hj Nic.

Manakan tidak, apabila sesi soal jawab dibuka, lebih 30 soalan diterima baik secara lisan atau bertulis.

Ia benar-benar menggambarkan kecintaan dan kepedulian mereka kepada agama ini.

Memang sesetengah soalan itu nampak lucu, tetapi ia berlegar dalam kehidupan di kalangan mereka sendiri.

pb3001862Contohnya ada yang bertanya, kenapa manusia tidak boleh makan manusia? Kalau babi haram dimakan, kenapa tuhan cipta babi? Bermacam soalan lagi.

Ada juga kami perhatikan, sehingga lewat petang hampir kesemua peserta tidak berganjak kecuali ketika rehat sahaja.

Rasa kagum timbul melihat nenek-nenek dan makcik-makcik mungkin berusia 60-70 tahun ke atas, duduk di barisan hadapan.

Walaupun tahap kefahaman mereka boleh diragui sepanjang ceramah itu, entah faham atau tidak, tetapi kepatuhan mereka hadir tanpa banyak karenah sangat dihargai.

pb300202Di kalangan yang hadir seramai 320 orang itu, kedapatan juga sebahagian mereka yang muallaf dengan kebanyakannya terdahulu pegangannya ‘pagan’ iaitu tidak beragama, dan sebahagian lagi bekas penganut Kristian.

Sesuatu yang menarik juga, slot sebelah pagi itu turut dihadiri oleh pastor atau ketua gereja Kg Timbua sendiri.

Ia menjadi peserta bahkan turut membeli buku hasil buah tangan Hj Nic dan Ust Abdullah Din berjudul Agama Kristian Menurut Perspektif Islam.

pb300235Pastor berbaju biru. Di tangannya buku tulisan Hj Nic dan Ust Abdullah Din. 

Rehat ketika tengahari pun ia menyertai kami bersama-sama menjamu selera.

Keterbukaannya untuk hadir dan mendengar slot Hj Nic sangat dialu-alukan.

Kebetulan, sebelum rehat ada peserta yang bertanya, kenapa ramai paderi yang masih enggan menerima Islam sedangkan ia tahu kebenarannya?

Hj Nic saya kira menjawab dengan penuh bijaksana sekali bagi menarik perhatian sang pastor itu.

pb300281Sayu melihat ketika makan tengahari, dengan makanan yang diperuntukkan hanya untuk 200 orang, sedangkan peserta seramai 320 orang.

Ada yang jelas lapar tidak dapat tapau makanan, tetapi itu tidak membuatkan mereka lari dari menyertai sesi sebelah petang.

Kami bergerak pulang sekitar 4.15 petang setelah majlis ditangguhkan oleh Cikgu Saridi aktivis ABIM Ranau yang juga seorang pengetua.

Terima kasih Ust Aziz, Ust Rustamin, Cikgu Saridi, Ust Ramlan dan semua peserta. Janji pada diri, saya akan datang lagi.

pb3002931

Anak-anak kampung balik daripada kursus Pemantapan Aqidah

%d bloggers like this: