Cerita berlaku pada hari ahad lalu.

pb300033Selepas subuh, saya bergerak keluar dari rumah untuk ke Kg Timbua Ranau, menemani Hj Nicholas Sylvester yang dijemput menyampaikan ceramah sepanjang hari berkenaan pemantapan aqidah untuk seluruh penduduk kampung.

Sebenarnya, ada rancangan hendak pergi awal iaitu pada malam minggu dan bermalam di Lohan sebelum meneruskan perjalanan ke Timbua.

Tetapi memandangkan Hj Nic terlalu letih, perjalanan kami hanya dimulakan selepas subuh.

Manakan tidak, Hj Nic tiba di Kota Kinabalu pada jam 2 petang dari KLIA dan sebelum itu berada di Perlis. Setiba di KK, terus mengisi program YADIM di Hotel Tang Dynasty Park tanpa rehat dan bersambung slot sebelah malam.

pb300055Sebenarnya kami bersimpati dengan beliau yang sangat keletihan, tetapi sebagaimana kami kenali, Hj Nic jarang sekali menghampakan permintaan program dakwah. Sehabis ikhtiarnya akan diusahakan juga untuk hadir.

pb3000601Sebagaimana kebiasaan perjalanan dakwahnya, di kenderaanlah masa beliau untuk lelap seketika. Sesekali bangun bersembang dan kemudian tidur kembali.

Perjalanan bertiga bersama Che’gu Jamil seawal jam enam sungguh menarik perhatian apabila melalui pemandangan-pemandangan indah di sepanjang perjalanan.

Cuaca sangat baik sekali, dan sesekali kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar.

Perjalanan juga lancar apabila tidak banyak kenderaan yang melalui laluan Tamparuli-Ranau sehingga boleh merencatkan perjalanan pagi itu.

pb300081Sebagaimana selalu saya catatkan, perjalanan merentasi banjaran Crocker adalah sesuatu yang indah dan mengasyikkan. Mata tidak puas melihat keperkasaan Gunung Kinabalu.

Dua jam di perjalanan, kami tiba di Pekan Ranau untuk bersarapan seketika sebelum meneruskan perjalanan melalui Kg Lohan nantinya.

pb300087