Archive for 3 Disember 2008


Rupanya Ustaz Aziz Muji, aktivis dakwah yang tidak asing lagi di Ranau ini sudah menanti kami di SMK Lohan.

Ust Aziz adalah tenaga pengajar di sana, selain aktif dengan program dakwah luarannya, khususnya bersama USIA Ranau.

pb300116Dari Pekan Ranau, kami bergerak, menyambung perjalanan ke SMK Lohan dan meninggalkan Iswara yang berjasa milik Che’gu Jamil itu di perkarangan sekolah. 

Perjalanan kami seterusya akan menaiki Avanza milik Ust Aziz.

Katanya, perjalanan selepas ini melalui jalan yang belum bertar @ berbatu sejam lamanya.

Perjalanan yang mencabar buat kami khususnya bermula apabila kereta mula masuk melalui Kg Bongkud.

Ia kemudiannya melalui beberapa kampung lagi, antaranya Nobung, Tagis, Batung, Perancangan, Tarawas, Tinutuan sebelum bertemu destinasi yang dihajati – Timbua.

pb300122Sejam lamanya, sebenarnya jaraknya dari luar sepanjang jalan berbatuan ke kampung ini cuma 22km.

pb300125Seronok juga merentasi cabaran jalan sebegini, sambil-sambil Ust Aziz bercerita tentang latar kampung Timbua dan persekitarannya.

Kampung Timbua dengan penduduknya 90% beragama Islam, sebenarnya di kelilingi oleh kampung-kampung majoriti bukan Islam.

Secara lebih khususnya beragama Kristian, Sidang Injil Borneo (SIB) kebanyakannya.

Sebenarnya, kata Ust Aziz, penduduk kampung ini memang dahagakan ilmu agama. 

pb300141Siapa sahaja penceramah atau badan-badan yang hadir ke sini akan disambut dengan meriah seisi kampung.

Di sebelah kawasan Ranau ini secara umumnya, ABIM Ranau banyak mengambil ruang dan peluang dakwah yang terbuka luas dengan bantuan pelbagai pihak yang lain.

JAKIM pula punya Pusat Latihan Islam (PLI) di Kundasang, USIA selaku NGO Islam terulung, manakala JHEAINS sebagai pelaksana dasar Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

pb3002971Sepanjang perjalanan, kelihatan juga beberapa gerai menjual buah-buahan tanpa seorang penjaga pun, membuktikan kehidupan masyarakat yang masih bersih dari noda jenayah.

Tetapi saya menyaksikan sesuatu yang lain.

Kejujuran dan ‘kelurusan’ mereka dieksplotasi oleh mereka yang berkepentingan. 

Sehingga hari ini Sabah yang merdeka sejak 1963, mereka gagal mendapatkan kemudahan jalanraya dan elektrik yang baik seperti rakyat di tempat lain.

Asyik kami bercerita, rupa jalan begitu ‘sandi’ pun, Hj Nic sempat lagi terlena.

Cerita berlaku pada hari ahad lalu.

pb300033Selepas subuh, saya bergerak keluar dari rumah untuk ke Kg Timbua Ranau, menemani Hj Nicholas Sylvester yang dijemput menyampaikan ceramah sepanjang hari berkenaan pemantapan aqidah untuk seluruh penduduk kampung.

Sebenarnya, ada rancangan hendak pergi awal iaitu pada malam minggu dan bermalam di Lohan sebelum meneruskan perjalanan ke Timbua.

Tetapi memandangkan Hj Nic terlalu letih, perjalanan kami hanya dimulakan selepas subuh.

Manakan tidak, Hj Nic tiba di Kota Kinabalu pada jam 2 petang dari KLIA dan sebelum itu berada di Perlis. Setiba di KK, terus mengisi program YADIM di Hotel Tang Dynasty Park tanpa rehat dan bersambung slot sebelah malam.

pb300055Sebenarnya kami bersimpati dengan beliau yang sangat keletihan, tetapi sebagaimana kami kenali, Hj Nic jarang sekali menghampakan permintaan program dakwah. Sehabis ikhtiarnya akan diusahakan juga untuk hadir.

pb3000601Sebagaimana kebiasaan perjalanan dakwahnya, di kenderaanlah masa beliau untuk lelap seketika. Sesekali bangun bersembang dan kemudian tidur kembali.

Perjalanan bertiga bersama Che’gu Jamil seawal jam enam sungguh menarik perhatian apabila melalui pemandangan-pemandangan indah di sepanjang perjalanan.

Cuaca sangat baik sekali, dan sesekali kami berhenti di tepi jalan untuk mengambil gambar.

Perjalanan juga lancar apabila tidak banyak kenderaan yang melalui laluan Tamparuli-Ranau sehingga boleh merencatkan perjalanan pagi itu.

pb300081Sebagaimana selalu saya catatkan, perjalanan merentasi banjaran Crocker adalah sesuatu yang indah dan mengasyikkan. Mata tidak puas melihat keperkasaan Gunung Kinabalu.

Dua jam di perjalanan, kami tiba di Pekan Ranau untuk bersarapan seketika sebelum meneruskan perjalanan melalui Kg Lohan nantinya.

pb300087

%d bloggers like this: