pb290003Sabtu lepas saya dipohon untuk mengisi satu kelas al-Quran yang baru diwujudkan di Dewan Kinabalu Menara Petronas. Ia dianjurkan oleh Badan Kebajikan Islam Petronas dan baru berlangsung dua kali.

Tidak ramai menyertai kelas tersebut, dan saya hanya berhasrat untuk terlebih dahulu memahami level para pelajar yang terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga mereka.

Tingkatan pemahaman mereka pelbagai. Ada yang baru mula belajar, dan ada juga yang ingin mendalami ilmu tajwid.

pb290001Satu yang menarik, apabila kelas itu disertai oleh 4 orang yang bukan Islam.

Dua dewasa dan dua lagi kanak-kanak yang dalam lingkungan 6 dan 9 tahun, yang merupakan anak daripada salah seorang mereka.

Kepada dua yang dewasa itu saya sempat bertanya tujuan dan niat sebenar mereka datang belajar.

Seorang berkata hanya untuk mendalami asas bahasa arab dan seorang lagi untuk mendalami bahasa arab dan al-Quran itu sendiri.

Amat janggal sekali apabila kedapatan orang Islam pula memandang remeh keperluan mempelajari al-Quran. Paling tidak belajar membaca terlebih dahulu. Ego, malas dan sebagainya.

pb290002Sedang orang bukan Islam pula beriya-iya hendak mempelajari al-Quran.

Mereka berempat itu tadinya saya pinta menggunakan buku iqra’ untuk mengenali abjad arab @ hija’iyyah.

Alhamdulillah, untuk sesi satu ini, mereka dapat menguasai 6 huruf dalam iqra 1. Alif, ba, ta, tsa, jim dan ha. Sangat baik sekali penguasaan mereka.

Sudah tentu sebagai seorang guru agama, bahkan sebagai seorang Islam, saya mengharap di hujung lorong ini, ada cahaya Islam buat mereka.

Doakanlah.