pb290006Malam minggu yang damai, bersama Ust Bungsu Aziz Jaafar dan Che’gu Jamil Dayan, kami mengunjungi Dato’ Salleh yang menginap di Hotel Promonede.

Dato’ Salleh hadir di Kota Kinabalu dalam program tafaqquh bersama para hukkam Mahkamah Syariah.

Jadi, kami mengambil kesempatan bertemu beliau atas kapasiti jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM).

Ust Bungsu adalah Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Sabah yang dipengerusikan oleh Ust Hj Muchlish Ali Kasim. Beliau kini sedang berada di Tanah Suci.

pb290015Dato’ Salleh berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang kini adalah pensyarah di UIA.

Sebelum ini beliau berpuluh tahun mengajar di UM sebelum berakhir pada Julai 2004.

Dato’ Salleh dalam PUM sebelum ini adalah selaku YDP.

Untuk sesi ini, laluan diberikan kepada bekas Mufti Terengganu, Dato’ Sheikh Abd Halim Abd Kadir untuk memimpin PUM pula sementara Dato’ Salleh sebagai timbalannya.

Seketika di Promonade, kami mengajak Dato’ Salleh menjamu selera di Restoran Rohayu. Banyak isu yang kami bualkan, antaranya berkenaan isu yoga, pengkid,  maknyah dan sebagainya.

Sebenarnya, Dato’ Salleh adalah antara ulama di Malaysia ini yang banyak mewarnai perbincangan hukum hakam. Beliau banyak menyertai dan mengambil tempat dalam forum-forum dan jawatan-jawatan kuasa pelbagai peringkat.

Selain di UIA dan PUM, Dato’ Salleh adalah AJK Perundingan Hukum Syarak Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan selain Ahli Panel Kajian Syariah JAKIM.

Bagi yang kurang mengenali latar keluarganya, abang beliau ialah Dato’ Hj Hassan Ahmad – Mufti Pulau Pinang, dan adiknya Ust Idris Ahmad – AJK PAS Pusat.