pb0912104Dalam banyak kali menginap di hotel, inilah pertama kali saya merasa mati karan atau orang bajau kata black out.

Ia berlaku pada sekitar jam 4 pagi sebelum kami berangkat pulang pagi itu.

Itupun saya hanya perasan kepanasan menjelang subuh.

Ingatkan Ust Musally yang menutup penghawa dingin kerana kesejukan. Tapi di bilik kami masih ok lagi.

Di bilik yang satu lagi, Abang Manja dan Abang Jamiun rupanya menginap bilik yang tiada tingkap. Apa lagi kata mereka terpaksa meraba-raba untuk ke bilik air.

Kata Abang Jamiun, ketika termenung di tandas itu, sempat lagi dia terfikir.

“Ini baru bergelap sejam dua, macamana rupa orang yang tidak dapat melihat sepanjang hayatnya. Beginilah agaknya Ust Najion“.

Teringat pegawai di pejabat kami, Ust Najion Jamil yang cacat penglihatan.

Meski begitu, beliau adalah salah seorang penulis khutbah JHEAINS yang sangat konsisten menulis, juga pakar membuat teks ucapan kenamaan apabila terdapat acara besar.

Syukurlah, gelap cuma seketika.