Dari Semporna, kami kembali ke Tawau pada sebelah petang sabtu dan menginap kembali di hotel yang sama kami kunjungi dua hari sebelum itu.

Saya mengambil ruang sebelah petang untuk sendirian ke pasar dan membeli sedikit buah tangan untuk keluarga. Macam biasa, ikan masin dan amplang.

Kawan-kawan serombongan yang keletihan, tidur di bilik penginapan masing-masing.

Perjalanan pergi ke Pasar Tanjung, saya santai menyaksikan -rasanya- ramai orang Islam  mengunjungi kedai nombor ekor.

Ada juga seorang perempuan muda memakai tudung, asyik meninjau-ninjau premis berkenaan. Entah membeli atau mencari seseorang.

Kembali ke hotel, kawan-kawan pula keluar minum-minum dan berjalan. Saya mengambil kesempatan berbual dengan pekerja hotel berkenaan.

Gadis berumur 27 tahun itu ceritanya mula berjinak-jinak dengan solat sejak beberapa tahun ini dan tidak tinggal Rukun Islam kedua itu.

Walaubagaimanapun, ralat rasanya melihat dia tidak memakai tudung.

Katanya, arahan lisan ada diberi kepada semua staf hotel. Dilarang memakai tudung.

Kalau benar, ini satu penganiyaan kepada pekerja Islam yang dilarang melaksanakan tuntutan agamanya sendiri. Hanya arahan lisan diberikan. Nampak konon pengurusan hotel bijak.

Saya tidak menuduh, tetapi berdasarkan sembang-sembang masih ramai pemilik atau pengusaha kedai, syarikat dan sebagainya melarang pekerjanya daripada menutup aurat.

Tidak kira ia berlaku di Tawau, KK atau di mana-mana.

Hah. Siapa mau jawab!