Archive for 12 November 2008


pb0811111Pagi sabtu, kami bertolak ke Pulau Mabul, pulau yang digelar pulau duyung oleh orang tempatan kerana dua sebab.

Pertamanya Mabul adalah salah satu lokasi filem ‘Duyung’ yang menampilkan Saiful Apek, Maya Karin, Awie dan lain-lain.

pb081136Masyarakat tempatan yang ditemui begitu teruja menceritakan betapa gembira dan seronoknya mereka melihat kecantikan Maya Karin di hadapan mata mereka sendiri walaupun mereka hanya berada di sana sekitar 3 hari.

Keduanya, gelagat orang putih terutamanya minah saleh yang berpakaian hampir bogel dengan berpakaian bikini bersantai dan berjalan-jalan di sekitar pulau itu.

Keadaan itu menyebabkan minah saleh digelar duyung. Katanya, anak-anak kecil sudah pandai berisyarat apabila ditanya hendak kemana, tengok duyung, kata mereka.

pb081175Menyaksikan kejernihan air membuatkan rasa tenang sekali. Seronok melihat anak-anak tempatan berenang menangkap ikan bilis di persisiran pantai.

Ketika orang sibuk di bandar-bandar dengan hiruk pikuk kereta dan hon tanpa henti, santai seketika di Pulau Mabul memberikan ketenangan yang sangat berbeza.

Sunyi sepi, damai dan nyaman sekali.

Pulau Mabul hanya sekitar 40 minit dari tanah besar di Semporna.

pb081147Berhenti di jeti, kami perlahan-lahan bergerak ke pantai, meninjau gerai-gerai menjual pelbagai barangan aksesori dari laut yang sangat menarik dengan harga yang berpatutan.

Gerai pertama menemukan kami dengan seorang suri rumah berwajah pelik berbanding orang tempatan di sana.

Bermata sepet dan bahasa Melayu yang dituturkannya sedikit pelat dan lain slangnya.

Puan Nur Nabika atau Yudhiko nama asalnya, berasal dari Osaka Jepun. Menganut Islam dan bertemu jodoh dengan orang tempatan 12 tahun yang lalu.

pb081158Tidak jauh dari situ, berjumpa lagi seseorang yang turut bergerai sama.

Saudara Megat Najib, (baju putih) berasal dari Kuala Kangsar Perak, sudah lebih 20 tahun berkahwin dengan orang Semporna dan kini menetap di Pulau Mabul.

Melihat wajahnya sudah tahu asal bukan Mabul.

Katanya kali terakhir dia balik ke Perak 3 tahun lalu. Dia nampaknya selesa hidup tenang di Mabul bersama isteri dan anak-anak.

Di hujung kunjungan, abang Jamiun dan Ust Musally kepingin hendak minum air kelapa Mabul.

pb0811591

(Rumah cantik di Pulau Mabul. Banyak rumah penduduk yang jenis rupa begini)

Anak muda yang ditanya itu sungguh baik hati, sanggup pula memanjat untuk mencari buah kelapa baru, walaupun mereka hanya ingin sebiji, sekadar merasa.

“Boleh bah, kalau kau”, kata pemuda itu.

Perjalanan dengan bot laju hampir setengah jam ke sini.

Terpaku saya melihat keindahan suasana menjelang terbenam matahari dan suasana pagi. Saksikan sendiri!

pb070895

pb070900

pb070913

pb080977

pb080990

pb080992

%d bloggers like this: