Archive for 11 November 2008


TIBA DI TONGTALUN

pb0707522Penghujung hutan, itulah maksudnya.

pb0707451Kerana di dalam peta, di sinilah penghujungnya.

Ia kemudian dikenali dengan nama Semporna atau dalam sebutan domestik sebagai Sampulna.

Menurut cerita mulut ke mulut, sampulna merujuk kepada sampul iaitu bekalan yang dibawa balik oleh orang yang hadir dalam satu-satu majlis kenduri atau keramaian.

Tuan rumah kebiasaannya akan memberikan bekalan atau sampul buat ole-ole kepada tetamu yang sudi hadir dalam majlis tersebut.

pb0707752Meski Semporna terletak di hujung peta Pantai Timur Sabah, ia adalah antara destinasi pelancongan popular negeri Sabah bahkan di Malaysia dan di dunia juga.

Manakan tidak, di daerah inilah terletaknya Pulau Sipadan dan Pulau Mabul, antara pula tercantik yang mempunyai hidupan laut terindah dan tidak pernah disaksikan di tempat lain.

pb070763Air lautnya yang jernih dan bersih, membuatkan pengunjungnya terutama ahli skuba begitu teruja menyaksikan pelbagai jenis hidupan laut di dalamnya.

Para menyelam dikatakan tidak lengkap pencarian mereka selagi tidak sampai ke pulau ini.

Di kawasan tanah besar pula, terutama di Pasar Semporna dikenali dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang murah harganya.

Ini termasuk jenis-jenis hidupan yang jarang ditemui di pasar basah biasa.

Setelah beberapa urusan selesai, kami bergerak untuk solat Jumaat di Masjid Inabah Kamal – bermaksud KEMBALI SEMPURNA – yang diasaskan oleh Tun Hj Sakaran Dandai, Yang diPertua USIA yang juga mantan TYT Sabah yang lalu.

pb070720Hebatnya, Kompleks Inabah Kamal ini bukan hanya dilengkapi masjid, tetapi juga asrama anak yatim, tadika, pondok remaja untuk rawatan bekas penagih dadah, dan sekolah agama.

Ia dirasmikan sendiri oleh Tun Sakaran pada Ogos 1995.

pb070730Dahulunya, ia juga mempunyai sekolah tahfiz yang pelajarnya daripada kalangan anak tempatan. Tetapi dimana silapnya, ia akhirnya mati begitu sahaja.

Sekian lama saya sudah mendengar nama kompleks ini tetapi baru kini dapat melihat sendiri.

Saya sempat bertanya kepada salah seorang Imam Rawatib di masjid berkenaan, menceritakan program khusus untuk bekas penagih.

Antaranya mereka didedahkan dengan qiyamullail yang dibimbing oleh para guru agama di sana. Soal-soal yang berkait dengan kerohanian ditekankan kepada mereka.

invitation-card-copy2Sukacitanya saya mempromosikan program berkenaan.

Harap sahabat-sahabat dapat menyebarluaskan program ceramah beliau. Ini adalah peluang terbaik kita mendengar pidato seorang bekas paderi terkenal.

Secara ringkasnya, Sheikh Yusuf adalah bekas Paderi Kristian berasal dari Midwest Amerika Syarikat.

Beliau mula menjadi Paderi Muzik pada 1960 dan memeluk Islam sekitar awal tahun 90an. Insya Allah beliau akan menceritakan detik-detik manis itu dalam ceramahnya nanti.

Seawal umur 12 tahun, beliau telah dibaptiskan dan usia remajanya dipenuhi dengan mengkaji pelbagai jenis mazhab Kristian dan agama-agama lain seperti Hindu, Yahudi, Budhha dan lain-lain.

Ada detik menarik yang menjadi asbab hidayah Allah turun ke hatinya. Lebih wajar kita hadir bersama-sama ke sana nanti.

Beliau banyak berdakwah ke seantaro dunia membawa misi kebenaran Islam. Kini, Allah SWT mentakdirkan beliau berada di Malaysia dan salah satu slotnya ialah menyampaikan ceramah di Sabah.

Terima kasih atas usaha awal Hj Nicholas dan sahabat-sahabat Hidayah Centre. Juga kepada USIA khususnya Datuk Hj Abdullah Hussain, CONCERN, JAKIM dan JHEAINS.

Hubungi Che’gu Jamil untuk keterangan lanjut : 013-8517282

%d bloggers like this: