Catatan 7 Nov 2008

pb060607Pagi Jumaat, Abang Manja terpaksa keluar awal, membaiki tayar kereta yang pancit malam tadi.

pb060637Mujur kejadian itu berlaku ketika kami sudah tiba di Tawau, selepas makan malam di sebuah kawasan gerai makan terkenal di bandar ini.

Saya membayangkan kalau ia berlaku di perjalanan sepanjang Sepulut-Kelabakan yang sunyi dan gelap gelita itu.

Tidak sekadar itu, sepanjang perjalanan itu telefon bimbit langsung tidak mendapat talian.

pb070649Sementara pagi ini, setelah check-out dari Hotel Grace, sebelum bergerak ke Semporna kami bersarapan dulu di Kantin Hafizah yang terletak di tepi Dewan Masyarakat Tawau.

Rombongan JHEAINS yang terdahulu datang di Semporna sudah berkali-kali menghubungi telefon bimbit Ust Musally bertanya kedudukan kami.

Masih di Tawau.

Dalam ketekunan bersarapan itu, saya ketawa sendirian mendengar beberapa kali sesama pekerja restoran itu riuh rendah menjerit-jerit menerima pesan pelanggan.

“Timah, telurmu!” Katanya.

pb070658