Ketika ini, saya dan rombongan berada di Tawau. Sudah tentu banyak cerita yang akan saya sampaikan.

Antaranya, kisah sepanjang perjalanan kami terutama dari Keningau-Sook-Nabawan-Kalabakan-Tawau. Banyak cerita menarik berlaku.

Begitu juga sepanjang melakukan lawatan kerja ke Semporna. Antaranya kunjungan ke dua pulau menarik dan indah. Pulau Pantai Manis dan Mabul yang saya tidak akan lupakan.

Kami baru saja kembali semula ke Tawau. Insya Allah esok akan kembali ke Kota Kinabalu melalui laluan yang sama tetapi sebelah pagi.

Mohon maaf tidak dapat hadir ke Konvokesyen PASTI Pantai Barat di Dewan Saadah Wisma MUIS esok pada sebelah pagi yang turut melibatkan anak sulung saya Nuha.

Juga sahabat sekampung saya Md Farizey dari Labuan yang bersungguh menghantar SMS agar saya hadir ke One Borneo tengahari esok untuk menyaksikannya sebagai peserta pertandingan nescafe tarik.

Doa saya mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Insya Allah esok saya akan memulakan catatan perjalanan menarik ini secara bersiri. Tunggu!