Sekejap lagi, saya bersama beberapa sahabat di JHEAINS, akan membuat kunjungan dan penyelidikan di Daerah Semporna.

Kami akan bergerak melalui jalan darat, melalui jalan Kimanis-Keningau-Kalabakan-Tawau-Semporna. Insya Allah akan kembali ke Kota Kinabalu selewat-lewatnya petang ahad.

Malam ini dijangka bermalam di Tawau dan berada di Semporna tengahari esok. Ke Semporna ini adalah kunjungan kedua setelah kali pertama pada tahun 1997 kalau tidak salah.

Mohon maaf tidak dapat memenuhi banyak undangan ceramah sepanjang 2-3 hari ini. Antaranya MRSM, Surau Quarters Bank Negara, Surau Taman Olivia dan Masjid Lok Kawi Baru.

Sementara itu, blog ini tidak akan diupdate dalam tempoh itu. Terima kasih atas sokongan sahabat sekalian.