Semalam sempat meluangkan sedikit masa untuk menziarahi keluarga Dr Aliakbar Gulasan, Pensyarah UMS yang mendapat anak kelima, dua minggu lepas.

Anak kelima dan terakhir katanya, sebab si ibu sudah ‘ikat’.

Anak-anak adalah anugerah sekaligus amanah dan tanggungjawab kedua ibubapa.

Semoga anak baru ini terus memberi sinar dan rezeki yang murah untuk beliau sekeluarga.

Sekali lagi ralat rasanya, apabila tidak dapat mengambil gambar baby kerana kamera saya merajuk. Ada masalah.

Yang mau tengok, ziarah sendirilah. Apapun mudah-mudahan si baby sihat daripada kuning yang dialaminya sekarang.