Archive for 3 November 2008


KALAU CONCERN ADA BANGUNAN SEBEGINI

pb100578Ketika perjalanan balik ke Kota Kinabalu petang tadi, kereta iswara Che’gu Jamil melepasi simpang empat Tg Aru yang di tepi kirinya terdapat bangunan Wisma PERKESO.

‘Kalaulah CONCERN – Majlis Gabungan NGOs Islam Sabah – mempunyai bangunan sebegitu, alangkah baiknya’.

Andaikan setiap NGO mempunyai pejabat pentadbiran dan pengurusan masing-masing dalam satu bangunan, dilengkapi dengan bilik mesyuarat dan dewan utama.

Banyak kerja dan aktiviti boleh berjalan dengan lancar, bukannya berpindah sana  ke mari untuk mengadakan mesyuarat, meminta izin bermacam pihak yang bermacam karenah itu untuk meminjam atau menyewa dewan.

Tetapi saya akur, bangunan sebegitu walau penting, ia bukan keutamaan buat masa ini.

Sebelum NGOs Islam duduk di bawah satu bumbung, adalah lebih baik fikrah dan gerakerja sesama NGOs itu yang perlu diperbaiki dan disatukan.

Sesungguhnya kita harus mengakui, kita masih berada di marhalah taaruf.

Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, saya bersama Che’gu Jamil, Ust Nahar dan Ust Ridhuan bertolak ke Kg Pimping Membakut, bagi menziarahi keluarga Ust Bungsu Aziz Jaafar yang baru kehilangan ibunya jam 9 pagi.

Dg Iring, yang saya ketahui berumur sekitar 90an, meninggal dunia dalam keadaan sangat uzur.

Proses mandi, kafan dan solat janazah diketuai sendiri oleh Ust Bungsu.

Ust Bungsu selain seorang pensyarah di UiTM, adalah seorang penceramah yang tidak asing di negeri Sabah ini.

Sejak suku kedua tahun ini, Ust Bungsu dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama’ Malaysia Cawangan Sabah membantu Ust Hj Muchlish selaku pengerusi.

Sama-sama kita mendoakan agar ibunya ditempatkan di kalangan orang yang beriman, sementara buat keluarganya bersabar menghadapi ujian yang berat ini.

Saya kira besar jasa si ibu yang melahirkan dan mendidik seorang anak yang akhirnya menjadi pendakwah ulung di negeri ini. Sejuk perut ibu. Al-Fatihah.

%d bloggers like this: