Archive for 1 November 2008


SEMOGA HAJINYA MABRUR

Penerbangan membawa bakal jamaah haji peringkat nasional sudah bermula khamis lepas.

Sementara di Sabah pula tahun ini terdapat tiga penerbangan. 5hb, 7hb dan 9hb November, membawa kira-kira 1100 jamaah keseluruhannya.

Malam jumaat lepas, saya bersama Hj Khamis Jamil dan Hj Yahya mewakili JHEAINS ke majlis doa selamat sempena Operasi Haji 1429H anjuran Tabung Haji Sabah di Kompleks Tabung Haji Sembulan.

Manakala sebentar tadi, saya bersama keluarga baru pulang daripada kenduri selamat di rumah Ust Hj Muchlish Ali Kasim yang juga akan berangkat menerusi penerbangan pertama.

Ust Muchlish, guru yang kami kasihi dan hormati sekali lagi dipilih oleh Tabung Haji menjadi pembimbing dan penceramah Jamaah Haji tahun ini setelah tahun lepas beliau dipilih sama.

Katanya tadi, bersama seorang lagi pembimbing, dia akan menjaga satu maktab yang jumlah ahlinya sekitar 2,500 jamaah.

Memberikan ceramah, bimbingan, panduan berkenaan ibadah haji dan perkara yang berkaitan dengannya.

Katanya, beliau dijadualkan hanya berada di Madinah selama 3 hari dan selebihnya bertugas di Makkah mengikut jadual ditetapkan.

Ramai yang hadir di rumah Ust Muchlish, antaranya rakan-rakannya para pendakwah yang sudah berjuang lebih 30 tahun di Sabah ini, seperti Ust Hj Ghazali Sulaiman, Ust Hj Md Iyen Atim, Ust Hj Ahmad Darbi Lubis dan lain-lain.

Juga Hj Abd Latif Hj Ibrahim (ADC kepada TYT), Datuk Hj Matusin Ag Damit, Ust Hj Awwaluddin Nasution dan ahli jamaah Surau Austral.

Nampaknya kuliah-kuliah Ust Muchlish akan ditangguhkan sehingga akhir Januari dan Insya Allah akan disambung kembali Febuari tahun depan.

Kepada semua jamaah haji, mudah-mudahan amalan diterima Allah.

Khusus buat yang saya kenali selain Ust Muchlish, juga Ust Hj Awwaluddin bersama isteri Hjh Maria (JHEAINS), Ust Shaharudin Pangilun dan isteri (KUIS Selangor), Ust Hj Sahudin (SMAI TPHR), Tuan Hj Matni Untong dan isteri (SPANS), Bilal Isa Omar dan isteri (Masjid Negeri)  mudah-mudahan diberikan kesihatan dan kesempatan yang baik untuk beramal ibadah di Tanah Suci itu.

Insya Allah ada rezeki, kita pula akan ke sana. Amin.

Menutup jamuan raya pada 29 Syawal, rabu lepas di pejabat bahagian kami, Bahagian Penyelidikan & Informasi.

Sebagaimana perbincangan semasa Ramadhan dibuat, masing-masing membawa juadah untuk hidangan kepada tetamu dari bahagian-bahagian lain yang hadir.

Antara yang sudi hadir ialah Timbalan Pengarah Hj Rumaling, beberapa Ketua Penolong Pengarah, antaranya Hjh Zaloha (Dakwah), Ust Sakaria (Pendakwaan) dan Hj Mohd Noor (Penyiasatan).

Selain wargakerja JHEAINS di pelbagai bahagian dan peringkat, hadir sama sahabat-sahabat dari Pusat Zakat Sabah.

Alhamdulillah, semuanya selesai dan berakhir dengan baik.

Bahan cerita banyak sangat, sampai tertangguh khabar gembira ni.

Sahabat seusrah, saudara Saharuddin @ Rustam dan isterinya, selamat menerima cahayamata ke-2, seberat 3.7kg pada pagi 19hb Okt lalu.

Kami sempat berziarah ke rumahnya di Luyang Perdana isnin lepas. Bagi pihak semua sahabat, saya mengucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Mudah-mudahan anak ini menjadi penyejuk mata buat kedua orang tua.

Bila tengok gambar ni, pandangan kami terarah ke rambutnya. Walau puteri, tapi macam rambut Hj Mad Sabu. Hehehe.

%d bloggers like this: