Archive for Oktober, 2008


KEMALANGAN 4 KENDERAAN

Tengah sibuk-sibuk berhari raya petang semalam, dalam perjalanan hendak beraya ke rumah Ust Nahar, kami melihat satu kemalangan.

Kemalangan berlaku tidak jauh dari Pekan Putatan.

Saya berhenti seketika dalam hujan sederhana itu apabila melihat salah satu mangsanya adalah seorang sahabat, Ust Salam Salleh – Pegawai di Pejabat Mufti Negeri Sabah yang menaiki kereta Kancil.

Walaubagaimanapun, semua mereka selamat, kecuali pemandu Kembara di belakang yang dikatakan terlajak melanggar kereta Proton Waja di hadapannya yang sedikit cedera.

Proton Waja yang remuk di belakang akibat hentaman Kembara, melanggar pula lori di hadapannya; manakala lori tersebut melanggar pula kereta Kancil di hadapan.

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-6

Saya update blog ni dari laptop dan broadband celcom milik Hj Abu Aslam.

Alhamdulillah, hari ini 12 Oktober genap enam tahun perkahwinan saya dengan isteri, Dayang Suzziyana Bungso.

Kami nikah pada tahun 2002 ketika masih menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dan kembali ke tanahair untuk melangsungkan majlis bersejarah itu.

Tempoh bertunang sekitar dua bulan sahaja.

Saya teringat kembali, ketika menunaikan fardhu haji pada awal tahun 2002, antara doa saya ialah ingin menamatkan zaman bujang. Tidak sekali saya berdoa memohon kepada Allah, agar diberikan jodoh yang baik.

Apabila saya melangsungkan perkahwinan 8 bulan kemudiannya, saya kembali teringat doa ketika di Tanah Suci Makkah itu.

Entah saya pernah bercerita kepada isteri saya atau tidak, sebenarnya saya pernah mengimpikan agar beristeri orang Kelantan!

Isteri saya berasal dari Membakut Sabah + Alor Gajah Melaka. Pak Mertua + Mak Mertua. Rupa-rupanya isteri saya dilahirkan di Kelantan. Ertinya, makbul jugalah.

Selepas enam tahun, kami kini berenam bersama 4 orang cahayamata. Tiga puteri dan seorang putera.

Nuha Wafiyyah (5 tahun), Hana Sumayyah (3 tahun), Abd Hadi (2 tahun) dan Lu’Lu’ Badriyyah (7 bulan).

Mudah-mudahan Allah mengurniakan jodoh yang berpanjangan serta kehidupan yang bahagia sehingga bertemu kembali di Syurga Allah SWT.

Tepat jam lapan malam, tetamu pertama kami ialah Ust Zainuddin Lateh bersama keluarga tiba.

Ia tidak pernah putus sehingga kepulangan tetamu terakhir tahun ini, Che’gu Jamil dan keluarganya pada jam 11.40 malam.

Alhamdulillah, walaupun sedikit letih, saya gembira melihat sahabat-sahabat dari Sepanggar hingga ke Papar datang bertamu. Sesama tetamu dapat berbual walaupun tidak begitu selesa.

Maaflah, apabila masa puncak kira-kira 8.30 malam, kelam kabut sedikit kerana makanan berkurangan, tetapi tidaklah habis langsung.

Bagi saya, berkurangan tak apa, boleh masak lain. Jangan berlebihan sehingga membazir.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar. 

TERIMA KASIH DIATAS KEHADIRAN

Ramai jugalah datang ke rumah kami di Kg Meruntum, Putatan sepanjang hari ini sejak tengahari hingga ke petang.

Sementara menanti tetamu sesi malam ini, saya kirimkan sebahagian gambar-gambar tetamu sesi sebelah petang tadi.

Kepada tetamu yang hadir, terima kasih kerana sudi memenuhi undangan kami sekeluarga dan bagi pihak seluruh ahli keluarga saya memohon maaf tidak dapat memberi layanan terbaik.

Maklumlah tetamu ramai.

2) Tuan Hj Md Rahimin Mustafa – SU JK Masjid Negeri Sabah di Luyang Perdana

Hari ini kami menyempatkan diri berziarah sekejap ke dua buah rumah.

1) Pakcik kami sekeluarga – Hj Zakaria Mahali, Kg Petagas.

Malam tadi, kami menziarahi rumah sepupu yang membuat kenduri kesyukuran setelah berpindah rumah baru di Taman Kingfisher Likas.

Ramli Mat Ali dan isterinya Aina Idris bersama anak-anak mereka baru menduduki rumah ini sejak dua bulan lalu. Sebelum ini mereka menyewa selama 2 tahun di Grace Court, Sembulan.

Ramli menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan peralatan tentera laut, sementara Aina bertugas di Maybank, Karamunsing.

Saya bersepupu dengan Aina dimana emak saya dan bapa Aina adalah adik beradik kandung.

Ramai tetamu hadir terutama ahli keluarga yang tinggal di KK ni, ahli jamaah masjid Kg Bangka-Bangka dan sahabat lain.

Khabarnya Ramli membeli rumah ini dengan harga hampir RM800 ribu termasuk pengubahsuaian yang dilakukan.

Doa dipanjatkan ke hadrat Allah semoga rumah yang diduduki membawa kebahagiaan dan dielakkan daripada sebarang musibah. Bertambahlah jamaah Masjid Kg Bangka-Bangka.

TAHNIAH MD SOFIAN & ROSMAWATI

Selepas solat Jumaat, diadakan majlis akad nikah antara Sdr Mohd Sofian Hj Ag Damit, 26 dan Rosmawati Azhar, 23 tahun.

Mereka berdua dinikahkan dengan sekali lafaz sahaja oleh Tuan Imam Hj Ajamain Hj Abd Mujib.

Akad nikah diadakan di dalam Masjid as-Sobirin Kg Takis yang hanya terletak berhadapan dengan rumah pengantin lelaki yang berasal dari kampung ini.

Sementara pengantin perempuan pula berasal dari Kg Nagapas Papar.

Acara berjalan lancar dengan saya memerhatikan kebijaksanaan imam meminta semua yang hadir bersama-sama beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah, sebelum akad nikah dilangsungkan.

Hanya perkara yang sering saya  kesalkan ialah penampilan sebahagian kaum wanita  (bukan sahaja di tempat ini – sebenarnya di banyak tempat) dalam majlis pernikahan.

Apabila pernikahan dilangsungkan di dalam masjid, terdapat di kalangan mereka yang tidak menutup aurat.

Fahamilah bahawa masjid, – walaupun tarafnya masjid kampung – adalah rumah Allah yang mesti dihormati dan dimuliakan.

Sebab itu dituntut mendirikan 2 rakaat terlebih dahulu sebagai penghormatan kepada masjid.

Tidak solat tahiyyatul masjid sahaja, adab dan penampilan ketika berada di dalamnya pun mesti diambil kira.

Sekiranya mereka yang hadir tidak takut dosa membuka aurat sekalipun, hormatilah masjid kerana ia adalah rumah Allah, di mana solat dan sujud dilakukan di dalamnya.

Sekiranya kepada pelancong bukan Islam kita boleh kenakan peraturan dengan menyediakan pakaian tertentu,  sudah tentu kepada tetamu di kalangan muslimat sendiri boleh mengenakan pakaian yang menurut syara’.

Kadang-kadang pengiring pengantin beraksi lebih ‘daring’ berbanding pengantin sendiri. Ini belum lagi diketahui jika ada yang sembarangan masuk dalam keadaan haid atau berhadas besar.

Pihak JK masjid terutama para imam dan ustaz serta mereka yang berkaitan mesti memberikan kefahaman kepada mereka yang bakal hadir.

Nikah di masjid adalah satu yang baik, tetapi memuliakan masjid sudah tentu lebih utama.

Apapun tahniah kepada kedua-dua pengantin, semoga menjadi pasangan yang baik. Jangan tinggal solat, saling komunikasi dan menutup aurat apabila keluar rumah.

Seringlah berdoa kepada Allah, mohon dikurniakan petunjuk daripadaNya.

SUKA BERPRASANGKA

Ketika tiba di Masjid as-Sobirin, Kg Takis Papar hampir 12.30 tengahari bagi memenuhi undangan selaku khatib sebentar tadi, saya terbaca satu puisi menarik yang ditampal di papan kenyataan masjid.

Puisinya bertajuk ‘Suka Berprasangka’, tetapi tidak dicatatkan penulis asalnya.

Hayatilah.

Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk diri saya sendiri.

Walaupun sedikit letih, saya gagahi juga memenuhi undangan sahabat baik saya Cikgu Md Nasirin Abd Ghani, tenaga pendidik di SM Teknik Likas ke sekolah mereka malam tadi.

Tidak sekadar SMS jemputan, bahkan dihubungi lagi untuk mengingatkan saya agar hadir ke majlis malam kesenian itu.

Tidak banyak foto saya ambil, kerana tidak berhasrat mengganggu pandangan penonton yang asyik dengan persembahan demi persembahan pentas.

Nasyid, pantomen, tayangan multimedia dan sebagainya.

Saya ingin adik-adik penonton selesa tanpa gangguan berbanding jika saya asyik tampil ke hadapan mengambil gambar sekaligus menghalang  pandangan mereka ke arah pentas.

Saya berharap ada beberapa sahabat blogger yang hadir akan membuat laporan yang lebih baik beserta gambar yang lebih lengkap berkenaan majlis ini.

Saya banyak memerhatikan di belakang, dan tidak menumpu sepenuhnya satu-persatu acara di hadapan.

Sesekali melihat gelagat nakal adik-adik pelajar lelaki yang menonton majlis ini.

Benar, kita sering mengatakan muzik itu melalaikan, hiburan ini haram, persembahan sekian dosa, bermacam lagi. Tetapi kita tidak menyediakan alternatif yang baik dan syar’ie untuk anak-anak muda remaja berhibur.

Mereka perlu meluah dan mengasah bakat seni yang mengalir di dalam tubuh mereka setelah letih dan menghadapi tekanan belajar.

Usaha sekolah ini, khususnya buat sahabat saya Nasirin memang sangat baik. Namanya pun Nasirin.

Saya dimaklumkan Nasirin begitu bersungguh-sungguh menjayakan program ini sedari awal sehingga tamat, bahkan sehingga menutup dewan sekolah pun dia nampaknya sendirian.

Saya melihat wajah letihnya seusai program itu habis. Tetapi saya tahu dia tidak pernah jemu, khusus mendidik pelajarnya cintakan Islam dengan cara mereka sendiri.

Nasirin nampak bersemangat, dalam suara serak dahaganya, dia meluahkan kepada saya projek meganya tahun hadapan untuk para pelajar sekitar Kota Kinabalu. Projek besar juga nampaknya.

Insya Allah, kami sedia membantu semampunya. Saya nampak potensi program yang dicita-citakannya.

“Jika kamu tolong Allah, Allah pasti menolong..”

%d bloggers like this: