Archive for 12 Oktober 2008


ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE-6

Saya update blog ni dari laptop dan broadband celcom milik Hj Abu Aslam.

Alhamdulillah, hari ini 12 Oktober genap enam tahun perkahwinan saya dengan isteri, Dayang Suzziyana Bungso.

Kami nikah pada tahun 2002 ketika masih menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dan kembali ke tanahair untuk melangsungkan majlis bersejarah itu.

Tempoh bertunang sekitar dua bulan sahaja.

Saya teringat kembali, ketika menunaikan fardhu haji pada awal tahun 2002, antara doa saya ialah ingin menamatkan zaman bujang. Tidak sekali saya berdoa memohon kepada Allah, agar diberikan jodoh yang baik.

Apabila saya melangsungkan perkahwinan 8 bulan kemudiannya, saya kembali teringat doa ketika di Tanah Suci Makkah itu.

Entah saya pernah bercerita kepada isteri saya atau tidak, sebenarnya saya pernah mengimpikan agar beristeri orang Kelantan!

Isteri saya berasal dari Membakut Sabah + Alor Gajah Melaka. Pak Mertua + Mak Mertua. Rupa-rupanya isteri saya dilahirkan di Kelantan. Ertinya, makbul jugalah.

Selepas enam tahun, kami kini berenam bersama 4 orang cahayamata. Tiga puteri dan seorang putera.

Nuha Wafiyyah (5 tahun), Hana Sumayyah (3 tahun), Abd Hadi (2 tahun) dan Lu’Lu’ Badriyyah (7 bulan).

Mudah-mudahan Allah mengurniakan jodoh yang berpanjangan serta kehidupan yang bahagia sehingga bertemu kembali di Syurga Allah SWT.

Tepat jam lapan malam, tetamu pertama kami ialah Ust Zainuddin Lateh bersama keluarga tiba.

Ia tidak pernah putus sehingga kepulangan tetamu terakhir tahun ini, Che’gu Jamil dan keluarganya pada jam 11.40 malam.

Alhamdulillah, walaupun sedikit letih, saya gembira melihat sahabat-sahabat dari Sepanggar hingga ke Papar datang bertamu. Sesama tetamu dapat berbual walaupun tidak begitu selesa.

Maaflah, apabila masa puncak kira-kira 8.30 malam, kelam kabut sedikit kerana makanan berkurangan, tetapi tidaklah habis langsung.

Bagi saya, berkurangan tak apa, boleh masak lain. Jangan berlebihan sehingga membazir.

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar. 

%d bloggers like this: