Archive for 8 Oktober 2008


FENDA DIMASUKKAN KE WAD

Fenda mana pula ni?

Ketika kami berada di WP Labuan, seekor arnab jantan kami yang bernama Kiran telah mati. Kejadian itu berlaku pada Jumaat, hari raya ketiga.

Entah apa sakitnya, saya sendiri kurang pasti. Saya tersentak dan terdiam seketika mendengar berita sedih bagi keluarga kami itu.

Kami sudah bersama dengan 4 ekor arnab termasuk Kiran sekitar 10 bulan. Terdapat 2 pasang arnab Kiran & Fafau; Apek & Fenda. Keempat-empatnya berumur hampir setahun.

Petang semalam, menjelang maghrib, Fenda pula kelihatan longlai dan tidak bermaya.

Dia tidak mampu berdiri bahkan mengangkat kepalanya pun tidak berupaya.

Pagi tadi, saya membawa Fenda ke Sabah Animal Medical Centre, di Taman Fuyen, Jalan Kolam.

Pemeriksaan dijalankan.

Rupanya arnab adalah sejenis haiwan peliharaan yang sangat sensitif. Selsema saja boleh menyebabkan kematian.

Fenda disuntik ubat dan ditambah air.

Dia terpaksa ditahan seharian untuk pemerhatian doktor dan diberikan suntikan selanjutnya setiap empat jam.

Doktor mulanya menjangkakan hayatnya hanya hingga petang tadi, tetapi nampaknya Fenda masih bertahan.

Saya diminta mengambil semula Fenda sebelum jam 6 petang dan esok pagi dikehendaki hadir semula untuk rawatan selanjutnya.

Sebelum pergi, doktor menasihati agar kami memberikan minuman glokusa kepada Fenda di rumah nanti dan tidak menempatkan Fenda di kandang luar rumah buat sementara sehingga ia pulih.

# Saudara yang mempunyai haiwan peliharaan dan memerlukan rawatan, bolehlah datang ke klinik ini. Ia mempunyai beberapa orang doktor yang dipimpin oleh Dr Rassid.

SABAH ANIMAL MEDICAL CENTRE, SHOPLOT 4, TAMAN FUYEN, FASA 3, LORONG ANGSA 1, JALAN KOLAM, KOTA KINABALU.

(Berdekatan kawasan Damai bersebelahan stesen minyak Petronas)

Waktu operasi :

Isnin-Jumaat : 8 pagi – 6 petang.

Sabtu : 8 pagi – 5 petang.

Ahad & Cuti : 8 pagi – 12 tengahari.

Hubungi : 088-253481 atau 019-8618348 (Dr Rassid untuk panggilan kecemasan)

Sayangilah haiwan kerana ia sebahagian ajaran agama.

TERKINI. Catatan 6 pagi 9hb. Tengah malam tadi Fenda masih bernyawa dan kami sempat memberi minum kepadanya. Nampak berselera sekali dia.

Tetapi Entah jam berapa, mungkin menjelang lewat pagi ini, Fenda akhirnya pergi juga.

Allah.. kami kehilangan lagi.

Di WP Labuan, sepanjang yang saya tahu dan begitu yang saya dapati apabila berjalan berhari raya baru-baru ini, ada papan tanda menunjukkan masjid berada tidak jauh di hadapan.

Sebagaimana di Sabah kita melihat banyak papan-papan tanda yang sama bentuk dan saiznya menyatakan arah menuju ke gereja, begitulah pula di WP Labuan terhadap masjid-masjid.

Di WP Labuan, kalau tidak salah saya terdapat lebih kurang 30 buah masjid di hampir setiap kampung.

Papan tanda yang ditemui, tidaklah besar tetapi cukup memaklumkan pengguna jalanraya bahawa masjid berada 200 meter di hadapan.

Saya belum temui papan tanda yang sama ini di Sabah. Mungkin dalam plan agaknya.

Sedangkan sebagai satu perbandingan, terdapat banyak masjid di sepanjang jalan utama Beaufort hingga ke Kota Kinabalu.

Belum lagi kita meninjau di laluan utama yang lain.

%d bloggers like this: